A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Remaja & Solekan

Remaja dan seseorang yang ingin belajar bersolek, mungkin tertanya-tanya apa yang perlu dibeli dan bagaimana untuk memulakannya.

Remaja dan seseorang yang ingin belajar bersolek, mungkin tertanya-tanya apa yang perlu dibeli dan bagaimana untuk memulakannya. Kajian pemasaran menunjukkan remaja menggunakan produk penjagaan diri termasuk alat solek dan penjagaan rambut untuk berbagai tujuan termasuk:

  1. Alat untuk membentuk personaliti diri
  2. Menyesuaikan diri dengan rakan-rakan
  3. Mencuba dan berseronok

Zaman remaja adalah penting demi memupuk sikap dan tingkah laku berhias diri untuk jangka panjang. Kebanyakan remaja bersolek atau berhias diri kerana mahu kelihatan unik tetapi dalam masa yang sama mereka mahu menjadi sebahagian daripada rakan sebaya mereka. Namun, ramai remaja berasa kurang yakin dan ingin menjadi seorang yang unik. Namun, niat ini terhalang kerana mereka bimbang akan dipinggirkan oleh rakan sebaya.

Pengaruh persekitaran dan budaya sering menonjolkan imej yang ideal serta kecantikan luaran yang amat sempurna menyebabkan remaja dan kanak-kanak perempuan berasa diri mereka dinilai berdasarkan penampilan diri mereka.

Ramai wanita kurang berkeyakinan, berasa diri mereka gemuk serta serba kekurangan kerana kebanyakan imej wanita cantik dan menawan yang ditonjolkan di sekeliling mereka adalah wanita yang kurus. Selain itu, industri makanan, kosmetik dan fesyen sering menyokong idea sempit mengenai kecantikan ini sehingga mengakibatkan wanita dan gadis terjerat sebagai pelanggan tetap produk kecantikan, pembedahan kosmetik dan program diet sejak kecil sehinggalah ke akhir hayat mereka.

Bagi gadis yang kurang berkeyakinan, perkara ini boleh menjadi agak keterlaluan bagi mereka.

Gadis mempunyai impian mereka sendiri sebagaimana ibu bapa mempunyai impian untuk anak gadis mereka. Impian kebanyakan gadis biasanya berbeza daripada hakikat kehidupan. Kebanyakan gadis tahu diri mereka bukan seperti Paris Hilton, Beyonce, atau ahli sukan terkenal atau ratu sekolah yang sering mereka idamkan. Oleh itu, ibu bapa perlu membantu anak gadis mereka mengenali diri dan kekuatan yang ada dalam diri mereka semasa mereka masih remaja.

Ibu bapa harus bersikap terbuka bahawa remaja berminat dan ingin bersolek. Bantu anak merawat kulit dan tampil cantik tanpa memakai alat solek semasa mereka masih muda. Melaburlah dengan membeli produk penjagaan kulit yang berkualiti dan berikan galakan kepada anak dengan memberitahu betapa dirinya kelihatan semakin menawan.

Belikan produk yang berkualiti yang membantu serta tidak merosakkan kulitnya yang halus.

Alat solek tidak kekal lama. Melakukan eksperimen melalui solekan tidak akan menyebabkan sebarang kesan buruk jangka panjang. Walau bagaimanapun, cara solekan yang tidak betul dan alat solek yang tidak bersih boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti jangkitan dan reaksi alahan. Oleh itu, ibu bapa perlu memberi bimbingan kepada remaja cara menggunakan alat solek dengan betul, selamat dan bersih.

Sebagai permulaan, remaja dilarang berkongsi alat solek, terutama gincu dan pembayang mata kerana alat solek ini boleh memindahkan bakteria dan virus yang menyebabkan selesema, flu, konjunktivitis akut, dan kudis selesema (Herpes Simplex Virus I). Begitu juga dengan penggunaan air liur untuk menipiskan alat solek seperti maskara. Alat solek harus kerap ditukar supaya tidak rosak. Jika alat solek mengeluarkan bayang luar biasa atau berubah warna, mungkin alat solek tersebut telah tamat tempoh dan tidak boleh digunakan lagi. Pengeluar alat kosmetik turut menyarankan orang ramai membasuh tangan sebelum memakai alat solek, terutamanya apabila menyapu losyen atau produk lain yang perlu disentuh dengan hujung jari bagi membuka penutupnya. Tangan yang kotor akan memindahkan bakteria ke dalam botol dan isi kandungannya.

Kebanyakan alat solek selamat digunakan. Namun, pewangi serta pengawet yang berlebihan boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit yang sensitif, menyebabkan reaksi alahan, atau memburukkan lagi keadaan seperti serangan asma. Selain itu, lebih banyak produk yang digunakan bersama, lebih tinggi risiko tindak balas negatif antara produk berlaku. Bantu remaja membaca label produk, terutama amaran tentang alahan atau interaksi produk. Selain itu, pastikan mereka menguji produk terlebih dahulu bagi mengetahui reaksi alahan.

Cara Memakai Solekan: Tips Untuk Remaja

Ramai orang ingin bersolek tetapi tidak tahu cara bersolek yang betul. Artikel ini memberi panduan cara memakai alat solek bermula dari mencuci tangan sehinggalah menanggalkan alat solek.

  1. Basuh tangan dan muka!
    Sebelum menyentuh wajah, sentiasa basuh tangan dengan sabun dan air suam. Pastikan muka bersih sebelum memakai alat solek. Gunakan pembersih yang sesuai dengan kulit setelah mendapatkan nasihat pakar kulit. Jika tidak, cuba beberapa produk yang berbeza dan kenalpasti produk yang paling sesuai dengan kulit muka.
  2. Pastikan muka lembap.
    Alat solek boleh menyebabkan kulit kering yang menyebabkan muka kelihatan kurang menarik. Krim pelembap menjadikan kulit halus dan sihat.  

  3. Pakai pelembap.
    Sebelum mula bersolek, sapukan losyen pelindung matahari, terutama jika menghadapi masalah hiper-pigmentasi (iaitu proses pemulihan kulit sehingga menyebabkan warna kulit kelihatan lebih gelap berbanding warna semula jadi kulit). Sebaik-baiknya gunakan pelembap yang berasingan daripada krim pelindung matahari bagi memastikan keberkesanan krim pelindung matahari. Sekiranya kulit mempunyai kadar jumlah melanin yang sangat rendah, gunakan SPF 45. Jika berkulit gelap dan sawa matang, gunakan SPF 15.
  4. Ratakan.
    Sapukan bedak penyamar noda (concealer) atau bedak asas (foundation) yang lebih cerah berbanding warna kulit di bahagian bawah mata. Selain itu, sapukan bedak penyamar nodadi bahagian kulit yang ada cela seperti jerawat, bintik merah dan sebagainya. Ratakan bedak penyamar noda atau bedak asas menggunakan berus dan bukan mengolesnya dengan jari agar bedak penyamar asas atau bedak asas tidak tertanggal. Bedak asas boleh juga digunakan sebagai bedak penyamar noda tetapi bedak penyamar noda memberi kesan yang lebih baik. Bedak asas tidak perlu disapu sepenuhnya ke muka jika baru mula memakai alat solek. Gunakan sedikit sahaja bedak penyamar noda di tempat yang perlu dan sapukan sedikit bedak secara nipis diatasnya.
  5. Tekapkan.
    Alat solek mineral untuk jerawat adalah lebih baik berbanding bedak asas biasa kerana ringan, tidak menyumbat liang pori-pori, boleh digunakan di seluruh muka dan tidak tebal. Ingat! kulitadalah organ besar yang bernafas! Gadis kulit berminyak lebih sesuai memakai bedak manakala gadis berkulit kering lebih sesuai memakai krim asas dan pelembap berwarna. Gadis dengan kulit berminyak boleh menggunakan jel mat (matte gel) atau primer berasaskan silikon yang membantu untuk mengurangkan tahap penghasilan minyak.
  6. Sikat.
    Sikat bulu kening menggunakan berus kening, berus maskara yang bersih bersih atau berus gigi. Sapukan pembayang mata (sesuai dengan warna kening) di bahagian bawah kening, agar kelihatan lebih menonjol. Jika bulu kening penuh, abaikan langkah ini. Letakkan jel pada kening menggunakan berus kening berjel, mascara jernih, atau sikat kening dengan semburan rambut. Langkah ini ini tidak penting, tetapi  langkah tambahan sekiranya anda mahu kelihatan lebih anggun daripada biasa.
  7. Pembayang.
    Sapukan pembayang berwarna krim dan sedikit warna-warni dan berkilau menggunakan berus. Jika ingin kelihatan lebih gelap, gunakan warna gangsa yang lembut. Jika ingin melindungi warna gelap, menggunakan warna kulit yang lembut. Sapukan celak berwarna putih berkilau agar mata kelihatan lebih menarik.
  8. Pemerah pipi.
    Senyum dan sapukan gel pemerah merah pipi di bahagian pipi yang menonjol dalam pergerakan melingkar ke arah pelipis mata atau mengikut arah tulang pipi. Sapu sehingga rata. Bedak pemerah pipi juga boleh digunakan tapi berhati-hati menggunakannya agar tidak bertompok-tompok. Lebih nipis pemerah pipi yang disapu, lebih bagus. Selain itu, gincu juga boleh digunakan sebagai pemerah pipi. Gosok sedikit gincu antara ibu jari dan jari telunjuk sehingga panas dan sapukan ke pipi.
  9. Pelentik.
    Gunakan pelentik bulu mata selepas memakai maskara agar bulu mata kelihatan menawan. Maskara boleh disapukan pada bulu mata atas dan bawah. Sapukan lebih banyak maskara pada bahagian luar bulu mata agar mata kelihatan besar dan menarik. Sapukan satu atau dua lapisan pada bahagian atas bulu mata. Kemudian sapu maskara yang selebihnya di bahagian bawah bulu mata. Satu lagi cara untuk melentikkan bulu mata adalah dengan menyikat bulu mata dengan sikat halus.
  10. Basahkan bibir.
    Jangan biarkan bibir kering dan pecah. Sapukan seluruh bibir dengan pelembap bibir berwarna. Kemudian, sapukan pengilap bibir menggunakan jari atau berus. Padankan dengan warna yang sesuai dengan kulit. Sentiasa gunakan pengilap bibir lutsinar di atas pelembap bibir berwarna.

  11. Sapukan pengilat bibir.
    Pengilap bibir bertujuan untuk mengilatkan bibir. Bibir kelihatan lebih comel dan wajah nampak lebih bercahaya.  Sapukan pengilat bibir ke bibir dan sapu semula jika semakin pudar. Sapukan pengilat bibir di atas pelembap bibir atau gincu. Pilih warna pengilat bibir yang bersesuaian acara atau aktiviti. Sebagai contoh, jika hendak makan atau melakukan aktiviti yang akanberpeluh, sapukan pengilat bibir yang cerah. Jangan sekali-kali memakai gincu, sekiranya bersolek buat pertama kalinya. Jika cara solekan tidak betul, sukar untuk menanggalkannya. Malah, kebanyakan warna gincu tidak sama seperti yang dilabelkan. Gincu adalah kurang jelas dan kurang bersinar berbanding pengilap bibir. Sapukan pengilap bibir yang jernih atau cerah untuk menyerlahkan warna semula jadi bibir.

  12. Sapukan sedikit pembayang mata.
    Mata mempunyai pelbagai warna. Sesuaikan warna pembayang mata berdasarkan skema warna pakaian (melainkan jika ingin warna yang seragam dalam semua perkara). Cara yang paling selamat adalah dengan memilih warna pembayang mata yang sepadan dengan warna kulit. Sapukan warna sederhana di atas kelopak mata dan sapukan warna yang lebih gelap di hujung mata. Kemudian, sapukan warna cerah di sudut sebelah dalam mata, di bawah kening mata.  Jangan buka mata terlalu luas. Ini boleh menyebabkan kelopak mata terlipat sehingga meninggalkan kesan yang ketara.
  13. Sapukan sedikit pembayang mata. Pembayang mata.
    Pertama, letakkan pembayang putih di seluruh mata untuk menyerlahkan pembayang mata anda. Kemudian, pilih warna yang digemari dan sapukannya ke kelopak mata. Pilih warna semula jadi dan cerah. Pembayang mata berwarna ungu, emas, biru dan kuning air sesuai untuk mata perang dan hazel. Jika mata biru, gunakan pembayang mata yang berwarna lebih gelap dari warna kulit seperti biru, ungu, emas, dan perak. Mata hijau boleh disesuaikan dengan berbagai warna.
  14. Pakai maskara.
    Pakai maskara dan lentikkan bulu mata agar mata kelihatan lebih besar dan luas.

  15. Ingat!
    Solekan yang nipis sebenarnya lebih menawan. Jika pembayang mata, pemerah pipi, atau gincu terlalu tebal, tekapkan kertas atau tisu tandas agar warna dapat dikurangkan. Solekan yang ringan dan segarlebih menarikberbanding solekan yang tebal.
  16. Tanggalkan solekan setiap hari!
    Sebelum tidur, tanggalkan solekan bagi memastikan kulit sihat dan tidak berkedut. Gunakan kain pembersih dengan pelembab atau basuh seluruh muka termasuk bahagian yang tiada solekan.

Ibu bapa perlu beri bimbingan bagi membantu remaja menghadapi cabaran berhias diri, dengan menghargai kelebihan alat solek yang diperlukan oleh remaja. Komunikasi antara ibu bapa dan anak mendidik remaja menjadi pengguna alat solek dan produk kecantikan yang bijak, memilih produk mengikut keperluan, serta meningkatkan keyakinan diri remaja. Elemen keyakinan diri lebih berharga berbanding penampilan fizikal. Ibubapa juga perlu membimbing remaja dengan menetapkan­ had pembelian alat solek dan produk kecantikan kerana produk seperti ini agak mahal dan tidak termasuk dalam perbelanjaan keluarga.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Datin Dr. Zil Falillah binti Mohd. Said
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Bau Badan

Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau.

Akne/Jerawat

Akne juga dikenali sebagai jerawat. Akne terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar

Kanta Sentuh

Jika anda kurang selesa dan kaca mata anda membatasi aktiviti anda, mengapa tidak mencuba kanta sentuh

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,675

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia