Remaja mungkin mendapat kesakitan di bahagian kelangkang atau pundi pelir.
Keadaan ini mungkin sesuatu yang serius. Tetapi JANGAN PANIK.
Jumpa doktor dengan segera.
EPIDIDIMOORKITIS
Apa itu epididimoorkitis Ia adalah keradangan pada bahagian buah zakar (orkitis) serta saluran epididymis (epididimitis) terdapat di bahagian atas buah zakar. Saluran ini membawa cecair sperma dari buah zakar ke zakar
Apakah tanda-tanda jangkitan epididimoorkitis? Kesakitan di bahagian pundi pelir.secara tiba-tiba atau secara perlahan-lahan dalam beberapa hari
-
Kebengkakan pada pundi pelir
-
Kesakitan semasa kencing
-
Demam
Apakah punca jangkitan epididimoorkitis? Ia boleh disebabkan oleh jangkitan banyak jenis kuman bakteria ataupun virus seperti virus campak. Ia juga boleh disebabkan oleh kuman jangkitan seksual seperti gonorrhea, Chlamydia atau syphilis.
Jika tidak dirawat dengan segera ia boleh merosakkan buah zakar dan mengurangkan penghasilan cecair sperma.
Apa yang anda perlu lakukan jika mendapat tanda-tanda jangkitan epididimoorkitis? Anda perlu mendapatkan rawatan doktor dengan SEGERA. Doktor anda akan memeriksa anda dan seterusnya melakukan beberapa siasatan kencing serta darah sebelum memberi ubat antibiotik dan penahan sakit.
BUAH ZAKAR TERKILAS
Apa itu masalah buah zakar terkilas? Kilasan buah zakar berlaku apabila tube korda spermatic (spermatic cord) yang mengandungi saluran darah dan saluran darah terkilas di bahagian atas buah zakar.
Ini adalah satu keaadaan yang sangat bahaya dan serius Jika kilasan ini tidak dibetulkan dalam 4-12 jam buah zakar boleh rosak dan tidak berfungsi untuk selama-lamanya.
Apakah yang menyebabkan kilasan buah zakar? Kebanyakan disebabkan oleh kelainan pada bentuk buah zakar yang menyebabkan buah zakar senang terkilas.
Paling biasa berlaku dikalangan remaja 12-18 tahun.
Apakah tanda-tanda buah zakar terkilas? Tanda-tanda buah zakar terkilas berlaku secara tiba-tiba. Kesakitan yang sangat memedihkan Bengkak pada bahagian buah zakar
Apakah yang anda perlu lakukan? Dapatkan Rawatan Doktor Dengan SEGERA. Kalau terbukti, anda perlu pembedahan segera untuk membetulkan kilasan tersebut.
PENDARAHAN (HEMATOMA) BUAH ZAKAR
Hematoma buah zakar jarang berlaku. Ini kerana buah zakar berada didalam pundi pelir dan pundi pelir pula agak mobil.
Kalau berlaku,biasanya disebabkan oleh kecederaan yang berkaitan dengan aktiviti sukan.
Apa yang perlu dilakukan? Jika anda mendapat luka pada bahagian buah zakar atau pundi pelir, segera dapatkan nasihat perubatan. Doktor anda akan menjalankan pemeriksaan dan seterusnya memberi nasihat yang perlu.
Pada kebanyakkan masa kecederaan (hematoma) tersebut akan surut dan sembuh tanpa sebarang ubat. Kalau perlu pun, hanyalah ubat penahan sakit.
Semakan Akhir | : | 23 Ogos 2019 |
Penulis | : | Dr. Thiyagar Nadarajaw |
Penterjemah | : | Dr. Thiyagar Nadarajaw |
Akreditor | : | Dr. Fauziah bte. Zainal Ehsan |
Penyemak | : | Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah |