Senggugut adalah sakit sebelum dan semasa datang haid. Gejala-gejala lain yang mungkin berlaku pada masa yang sama adalah perubahan fizikal, psikologi dan emosi.
Gejala ini termasuklah sakit kepala, kemurungan, gangguan emosi, payudara bengkak atau sensitif, rasa loya, masalah tidur dan perut kembung.
Kitaran Haid
Rahim wanita terdiri daripada tiga lapisan iaitu perimetrium (lapisan luar), myometrium (otot atau lapisan tengah), dan endometrium (lapisan dalam).
Semasa ovulasi atau perlepasan telur berlaku, lapisan endometrium telah menebal untuk menerima telur yang akan disenyawakan.
Telur yang dipersenyawakan akan melekat pada dinding endometrium ini. Jika persenyawaan tidak berlaku, selaput endometrium akan luruh bersama darah haid.
Senggugut
Senggugut atau dismenorea ialah kesakitan di bahagian perut, ari-ari dan pinggang yang dialami pada permulaan haid.
Ia terbahagi kepada senggugut primer (biasa) dan sekunder (disebabkan oleh penyakit).
Senggugut primer biasanya datang dalam masa setahun selepas haid pertama (baligh). Ia dialami sebelum dan pada permulaan ketika haid.Rasa sakit disebabkan oleh penguncupan rahim yang sangat kuat untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur selaput endometrium .Penguncupan rahim yang kuat ini disebabkan oleh bahan kimia Prostaglandin yang berinteraksi dengan penghujung saraf yang mengesan rasa sakit dalam tubuh.Lebih banyak Prostaglandin yang dihasilkan, semakin kuat dan lebih kerap pergerakan otot di dalam rahim pada hari pertama, maka semakin kuat sakitnya.
Senggugut Sekunder adalah lebih serius dan dialami dalam masa yang lebih panjang. Ia sering berlaku disebabkan penyakit seperti:
Sista pada ovari atau rahim
Penyakit radang pelvis
Endometriosis
Senggugut ini memerlukan nasihat perubatan serta rawatan yang sesuai untuk mengatasinya.
Introduction Antipsychotic is a class of medicine used to treat
ALAMAT
Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62590 Putrajaya, Malaysia.