Pengenalan
Isu fenomena sosial sering dikaitkan dengan sifat manusia yang lebih mementingkan diri sendiri dan kurang melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dek kerana mengejar impian dan angan – angan kejayaan dalam kehidupan.
Definisi
Fenomena Sosial adalah sesuatu peristiwa tragedi atau perkara yang menjadi peristiwa penting (signifikan) kepada masyarakat. Ia berlaku hasil daripada bencana atau peristiwa penting dalam masyarakat seperti peperangan, kemiskinan, keburukan, kependudukan dan lain-lain.
Trend Terkini
Jika dilihat pada ketika ini, antara isu fenomena sosial yang menjadi perhatian masyarakat adalah berkaitan dengan selfie. Budaya selfie adalah budaya yang mana individu akan mengambil gambarnya sendiri melalui aplikasi kamera peribadi kemudian dikongsikan dengan orang lain melalui aplikasi seperti twitter, whatsapp,facebook, telegram dan lain – lain. Aktiviti selfie adalah bertujuan untuk berkongsi rasa, perasaan, pandangan individu kepada oang lain. Ia juga boleh jadi untuk menunjukkan kepada orang ramai mengenai potensi, bakat dan kekuasaan yang dimiliki oleh individu.
Menurut kajian, aktiviti selfie adalah boleh dikaitkan dengan simptom penyakit mental. Menurut kajian ini, individu berselfie kerana berada dalam tahap kesunyian dan kesepian. Ia juga berlaku kerana tahapkeyakinan diri individu itu adalah sangat rendah. Misalnya individu yang selfie akan memuatnaik gambar mereka di facebook, twitter, Instagram dan lain-lain dan akan sentiasa melihat jumlah netizen yang ‘like’ gambar tersebut.
Penggunaan media aplikasi telefon pintar secara tidak rasional turut menjadi isu fenomena sosial. Kini banyak isu sensistif di hebahkan (viral) secara tidak bertanggungjawab.
Kemahiran Menghadapi Fenomena Sosial
-
Saringan
Kita harus berhati-hati dengan setiap isu yang ditularkan dalam kalangan masyarakat. Semua maklumat perlu dianalisa bagi mempastikan kesahihan dan kredibiliti sumber maklumat. Ini sangat penting untuk menjaga keharmonian dan kestabilan negara.
-
Kesabaran
Kesabaran adalah elemen utama yang perlu ada dalam diri individu untuk menghadapi cabaran Fenomena Sosial. Kesabaran perlu dilatih dan dipupuk dan ia memerlukan masa dan proses yang matang.
Nilai kesabaran yang tinggi ditambah nilai dengan pengetahuan pastinya akan memberikan sinar kejayaan dalam menghadapi sindrom fenomena sosial.
-
Penerimaan Tanpa Syarat
Setiap individu perlu berfikiran terbuka dan menerima individu lain seadanya dengan ikhlas. Jika manusia itu melakukan kesilapan sudah tentu kesilapan itu boleh diperbetulkan dan elakkan diri daripada menghukum seseorang dengan melabel atau menggelarkan seseorang dengan gelaran yang tidak baik.
Impak Fenomena Sosial
Fenomena sosial mempunyai implikasi tertentu kepada individu dan masyarakat. Antaranya adalah seperti mengundang aktiviti jenayah terancang. Jika individu sering berkongsi dengan orang luar tentang aktiviti danapa-apa aktiviti sebenarnya mengundang mudarat kerana kita tidak tahu ada di kalangan rakan ‘maya’ kita adalah seorang penjenayah yang sentiasa sahaja mencari ruang dan peluang untuk melakukan jenayah seperti penculikan, rompakan, rogol dan lain-lain.
Menurut Penganalisis jenayah Encik Kamal Affendi Hashim, indvidu yang selalu mengaktifkan media komunikasi seperti sentiasa menguploadkan gambar-gambar peribadi dan ahli keluarga di facebook,Intasgram dan lain-lain boleh memberikan peluang penjenayah yang tidak kenali mengambil kesempatan. Penjenayah tersebut mungkin adalah salah seorang ‘friendlist’ dalam facebook tanpa disedari.
Rujukan
- books.google.com.my/books?
Semakan Akhir | : | 16 Januari 2017 |
Penulis | : | Mohd Taufiq b. Mahmud |
Akreditor | : | Pn. Ruhana bt. Mahmod |