Apakah kaitan drug dengan memandu kenderaan?
- Bahaya memandu dibawah pengaruh drug adalah sama seperti memandu dibawah pengaruh alkohol.
- Drug yang kita ambil samada melalui preskripsi yang sah atau tidak akan memberi kesan kepada tubuh dalam pelbagai cara
- Drug akan mengubah fungsi otak, dimana ia mempengaruhi kawalan kedudukan tubuh dan pergerakan badan. Tahap kerosakan adalah berbeza bagi setiap individu.
- Kerosakan ini memberi kesan terhadap keupayaan anda untuk mentafsir apa yang anda lihat dan menyebabkan masa untuk bertindakbalas menjadi lambat.
Apakah jenis drug yang memberi kesan kepada pemandu kenderaan?
Drug | Rawatan | Contoh-Contoh |
---|---|---|
Antikemurungan | Kemurungan | Haloperidol, Chlorpromazine |
Penyediaan batuk dan Selsema | Alahan, demam hay, batuk dan selesema | Chlorpheniramine, Diphenhydramine, Promethazine, Cetirizine |
Ubat penenang | Risau, masalah tidur | Benzodiazepine (Alprazolam, midazolam) |
Antihipertensif | Tekanan Darah Tinggi | Beta-blockers, ACE inhibitors |
Analgesik | Sakit, radang | Morphine Sulphate, Dihydrocodeine tartrate (DF118) |
Antikonvulsi | Epilepsi, sawan, konvulsi | Phenytoin |
Semakan Akhir | : | 02 Mac 2011 |
Penulis | : | Ainul Salhani bt. Abd Rahman |
Penyemak | : | Siti Nurul Fathihah bt. Baharudin |
Hazlin bt. Othman |