A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Varnis Fluorida

Varnis Fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi.

Apakah varnis fluorida ?

  • Varnis Fluorida adalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi.
  • Varnis fluorida adalah cecair likat yang mengandungi bahan fluorida.

Apakah bahan fluorida yang terkandung dalam varnis fluorida?

  • Terdapat beberapa jenis varnis fluorida di mana dua bahan fluorida yang kerap digunakan adalah 5% sodium fluoride and 0.9% difluorsilane.

Siapa yang patut menyapu varnis fluorida pada permukaan gigi anda atau gigi anak anda?

  • Sapuan varnis fluorida hendaklah dibuat oleh jururawat pergigian atau  doktor gigi terlatih.

Siapa yang patut menerima varnis fluorida?

  • Varnis fluorida bukan dibuat untuk rawatan rutin
  • Varnis fluorida adalah disyorkan untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi menghidap penyakit karies gigi terutama kanak-kanak yang kurang pendedahan kepada sumber fluorida (contohnya kanak-kanak yang tinggal di komuniti yang tiada bekalan air berfluorida dan kanak-kanak di kalangan status sosioekonomi yang rendah)
  • Pesakit keperluan khas seperti pesakit yang menjalani rawatan radiasi di bahagian kepala dan leher, ortodontik dan pesakit yang memakan ubat yang boleh mengurangkan aliran air liur

Apakah manfaat sapuan varnis fluorida?

  • Varnis fluorida adalah rawatan klinikal bagi mencegah karies yang cepat, tidak menyakitkan dan selamat bagi kanak-kanak, remaja dan orang dewasa.
  • Varnis fluorida adalah satu-satunya sapuan fluorida yang disyorkan bagi kanak-kanak di bawah 6 tahun
  • Varnis fluorida penggunaannya mampu mengurangkan anggaran 30% hingga 50% kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak dengan bertindak menguatkan struktur gigi.

Di manakah rawatan sapuan varnis fluorida boleh didapati?

  • Sapuan varnis fluorida boleh didapati di klinik-klinik pergigian kerajaan dan swasta

Bagaimana sapuan varnis fluorida dilakukan?

  • Gigi akan dibersihkan dengan kain kapas lembut (gauze)
  • Apabila gigi telah dibersihkan sedikit varnis fluorida akan disapu pada permukaan gigi tersebut.
  • Varnis fluorida akan mengeras dan melekat pada permukaan gigi sejurus selepas sapuan.

Berapa kerapkah sapuan varnis fluorida perlu dibuat?

Untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi mendapat kerosakan gigi varnis fluorida boleh disapu sebanyak dua hingga 4 kali setahun.

Rujukan

  1. American Dental Association Council on Scientific Affairs. (2006). Professionally applied topical fluoride: evidence-based clinical recommendations. Journal of America Dental Association, 37(8), 1151-1159.
  2. Autio-Gold, J., & Courts, F. (2001). Assessing the effect of fluoride varnish on early enamel carious lesions in the primary dentition. Journal of  American Dental Association, 132, 1247-1253.
  3. Autio-Gold, J. (2008). Recommendations for fluoride varnish use in caries management. Dentistry Today, 27(1):64-67.
  4. Azarpazhooh, A., & Main, P.A. (2008). Fluoride varnish in the prevention of dental caries in children and adolescents: A systematic review. Journal of Canadian Dental Association, 74, 73-79.
  5. Hawkins, R., Locker, D., Noble, J. (2003). Prevention. Part 7: Professionally applied topical fluorides for caries prevention. Series editor E.J. Kay. British Dental Journal, 195, 313-317.
  6. Marinho, V.C.C., Higgins, J.P.T., Logan, S. & Sheiham, A. (2002):  Fluoride varnishes for preventing dental caries in children and adolescents. Cochrane Database of Systematic Reviews  Issue 1. Art. No.: D002279. DOI: 10.1002/14651858.CD002279.
  7. Miller, E.K., Vann W.F.Jr. (2008). The use of fluoride varnish in children : a critical review with treatment recommendations. Journal of Clinical Pediatric Dentistry, 32,259-264.
  8. Petersson, L.G. (1993). Fluoride mouth rinses and fluoride varnishes. Caries Research. 1993, 27 Suppl 1, 35-42.
  9. Petersson, L.G., Twetman, S., Dahlgren, H., Norlund, A., Holm, A.K., Nordenram, G., Lagerlöf, F., Söder, B., Källestål, C., Mejàre, I., Axelsson, S. & Lingström, P. (2004). Professional fluoride varnish treatment for caries control: a systematic review of clinical trials. Acta Odontologica Scandinavica, 62(3),170-176. Review.
  10. Seppä, L. (2004). Fluoride varnishes in caries prevention. Medical Principles and Practice, 13(6):307-11. Review.
  11. Vaikuntam, J. (2000). Fluoride varnishes: should we be using them? Pediatric Dentistry, 22, 513-516.

 

Semakan Akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Dr. Tan Ee Hong
Akreditor : Dr. Norlida bt. Abdullah
Penyemak : Dr. Sharol Lail bin Sujak

 

Artikel Berkaitan

Alahan Berkaitan dengan Pergigian

Alahan seharusnya tidak menghalang pesakit dari mendapatkan rawatan pergigian. Adalah mustahak untuk pesakit pergi berjumpa doktor gigi dua kali setahun, terdapat cara-cara bagi mengelakkan reaksi alahan.

Bell’s Palsy

Bell’s palsy is an acute paralysis on one side of the face involving facial nerve. Facial nerve is the seventh cranial nerve that innervates all muscles of facial expression

Liken Planus Mulut

Liken planus adalah suatu keadaan keradangan kronik pada kulit tetapi juga boleh melibatkan mulut (liken planus mulut) dan membran mukus yang lain seperti kawasan kemaluan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,676

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia