Apakah maksud “Voyeurisme”?
- Ini adalah salah satu contoh kelakuan seks di luar tabii’ atau parafilia
- Istilah lain yang sering digunakan ialah skodeng atau “Peeping Tom”
- Seseorang yang mempunyai masalah ini mendapat kepuasan seksual dengan mengintai orang lain melakukan seks, menanggalkan pakaian, mandi mahupun duduk dalam tandas
Contohnya :
Anda mungkin pernah terdengar atau terjumpa orang yang menyorok dan mengintai pasangan lain ketika sedang berdua – duaan
Orang yang mengintai ini akan mendapat kepuasan seks tetapi mangsanya akan merasa marah, malu dan pelbagai perasaan negatif yang lain
Bilakah saya perlu dapatkan bantuan?
- Jika anda pernah terlibat dalam tabiat “Voyeurisme”.
- Jika anda bimbang anda cenderung kepada tabiat “Voyeurisme”.
- Jika anda pernah menjadi mangsa tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenainya
Siapakah yang dapat membantu?
- Keluarga
- Kawan-kawan
- Guru/ Kaunselor
- Pembimbing Rakan Sebaya/Pembimbing Rakan Sekerja
- Doktor
- Beberapa organisasi yang dapat membantu.
Antaranya :
Pautan kepada Agensi Kerajaan
- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) : www.myhealth.gov.my (Perkhidmatan Tanya Pakar) & www.moh.gov.my
- Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) : www.lppkn.gov.my
- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : www.jkm.gov.my
- Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) : www.moe.gov.my
- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) : www.islam.gov.my
Pautan kepada Badan Bukan Kerajaan
- The Befrienders Kuala Lumpur : www.befrienders.org.my
- Majlis Perundangan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh : www.mccbchs.bobjots.org
- Persatuan Perubatan Islam Malaysia : www.ppim.org.my
- Persekutuan Persatuan-Persatuan Perancangan Keluarga Malaysia : www.ffpam.org.my
- Persatuan Perubatan Malaysia : www.mma.org.my
- Persatuan Psikiatri : www.psychiatry-malaysia.org
Semakan Akhir | : | 27 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid |
: | Dr. Jemah bt. Sajari | |
: | Dr. Salmiah bt. Md. Sharif | |
Penyemak | : | Datin Dr. Hjh. Zil Falillah bt. Hj. Mohd. Said |