Keperluan Kesihatan Warga Emas
Pada dasarnya keperluan asas anda boleh dijelaskan melalui Model Jadual Hidup Harian yang menyenaraikan 12 aktiviti asas. Seiring dengan keperluan psikososial yang lain, keperluan asas yang ditunjukkan ini perlu diberi perhatian bagi membolehkan anda menjadi lebih berdikari untuk hidup secara berkualiti.
Tempat tinggal
- Buat keputusan di mana anda akan tinggal pada tahun mendatang
- Pastikan tempat tinggal anda berhampiran dengan kemudahan awam
- Pastikan ruang dan keadaan rumah anda bersesuaian dengan anda
- Buat keputusan samada anda hendak keluarga dan kawan-kawan tinggal bersama anda atau anda pindah dan tinggal bersama mereka. Jika anda suka dengan pilihan ini, pertimbangkan perkara berikut sebelum membuat keputusan
- Pastikan anda memahami dan menerima hak dan tanggungjawab mereka.
- Pastikan segala pengurusan kewangan dibincang dan dipersetujui sepenuhnya.
- Adakan satu tempoh percubaan.
- Pastikan juga terdapat ruang tempat tinggal yang mencukupi bagi membolehkan anda mendapat privasi .
Keselamatan
- Pastikan tempat tinggal anda sentiasa selamat
- Buat senarai semak barang-barang merbahaya yang terdapat di rumah anda
- Ubahsuai tabiat anda
Komunikasi
Keupayaan untuk berkongsi buah fikiran, pandangan dan perasaan membolehkan wargatua kekal sebagai sebahagian dari ahli masyarakat serta mengelakkan diri dari rasa terasing. Tambahan pula ia boleh menanamkan sikap berdikari dan memahami makna hidup bermasyarakat.
Warga tua boleh meningkatkan keupayaan secara:
- Belajar memperbaiki kemahiran gaya komunikasi.
- Lakukan pemeriksaan jika menghadapi masalah pendengaran. Doktor boleh mencadangkan alat bantuan pendengaran jika diperlukan.
- Ahli keluarga anda boleh mengubahsuai strategi baru memperbaiki komunikasi berkesan.
Semakan Akhir | : | 16 September 2008 |
Penulis | : | Dr. Suraya binti Yusoff |
: | Dr. Susy Mathew | |
: | En. Harol Hanam bin Muhammed Wahid |