[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Rawatan pendakap gigi atau dikenali sebagai aplian tetap dimulakan dengan pemasangan komponen pendakap gigi(braket) pada permukaan labial korona gigi. Pergerakan gigi bermula apabila dawai arkus dilekatkan pada braket tadi. Susunan gigi yang tidak teratur akan tersusun semula mengikut preskripsi pada pendakap gigi(braket) dan memori pada dawai arkus yang akan menggerakkan gigi sehingga dawai tersebut kembali ke bentuk asal Rawatan diteruskan dengan menukarkan dawai yang lebih tebal dan keras untuk mendapatkan kedudukan gigi yang sempurna mengikut preskripsi ortodontik sehingga rawatan selesai. |
|
---|