Mengapa Perlu Berpuasa Untuk Pemeriksaan X-ray?
-
Keperluan berpuasa adalah penting bagi pesakit dewasa yang akan menjalani pemeriksaan melibatkan bahagian Abdomen.
-
Berpuasa untuk pemeriksaan x-ray bertujuan supaya organ dan struktur anatomi akan kelihatan lebih jelas tanpa dilindungi dengan najis (Gambar 2).
-
Mengurangkan kesan sampingan sekiranya berlaku komplikasi terhadap penggunaan media kontras bagi pemeriksaan yang berkaitan.
Bila Perlu Berpuasa?
-
Anda biasanya perlu berpuasa untuk menjalani pemeriksaan x-ray seperti berikut;
-
pemeriksaan yang melibatkan bahagian abdomen
-
pemeriksaan radiografi khas yang melibatkan penggunaan media kontras
-
-
Anda akan dimaklumkan cara-cara berpuasa semasa temujanji oleh Juru X-ray atau jururawat.
Maksud Berpuasa Untuk Pemeriksaan
-
Ianya bermaksud seorang pesakit perlu mengosongkan saluran pencernaan sekurang-kurangnya 4-6 jam sebelum pemeriksaan.
-
Pengambilan air kosong adalah dibenarkan dalam jangka masa tersebut.
-
Kejayaan pemeriksaan bergantung kepada;
-
Kerjasama anda untuk mengikuti arahan persediaan abdomen.
-
Kehadiran anda mengikut waktu temujanji untuk melancarkan lagi pemeriksaan.
-
Gambar 1: Imej pesakit tidak berpuasa Sumber: www.wjes.org/content/2/1/20/figure/ |
Gambar 2: Imej pesakit yang berpuasa Sumber: www.wjes.org/content/2/1/20/figure/F1 |
Semakan Akhir | : | 9 Jun 2014 |
Penulis | : | Azmi Murad bin Taha |
Akreditor | : | Daud bin Ismail |