A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Warga Emas yang Berisiko

Warga emas secara umum

Apabila usia seseorang meningkat, sistem daya immunisasi akan menjadi kurang  efektif dalam menangani serangan jangkitan. Ini bermakna sesorang warga emas akan menjadi lebih mudah untuk menghidap jangkitan dan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh. Walaupun vaksin telah diberi semasa kanak-kanak, immunisasi untuk melawan penyakit bertambah kurang efektif apabila usia kita bertambah. Tambahan pula, penyakit seperti selsema yang biasanya merupakan penyakit ringan pada golongan muda, boleh menyebabkan penyakit yang lebih serius untuk warga emas. Komplikasi yang mengugat nyawa juga mungkin berlaku.

Risiko untuk mendapat jangkitan bertambah bagi seseorang yang berusia. Secara amnya, sesiapa yang berumur 65 tahun dan ke atas mungkin memerlukan vaksin-vaksin berikut untuk mencegah daripada penyakit berjangkit tertentu: (“what vaccine I need”):

  • Vaksin tetanus

  • Vaksin Pneumococcal

  • Vaksin Influenza (selsema)

  • Vaksin kayap (Shingles)

Pada masa ini, vaksin-vaksin yang disenaraikan adalah tidak dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai sebahagian daripada program vaksin. Anda boleh berbincang dengan doktor anda mengenai vaksin yang anda lebih perlukan.

Warga emas dengan risiko tertentu

Sesetengah warga emas mungkin menghidap penyakit perubatan yang menyebabkan mereka lebih berisiko mendapat penyakit jangkitan tertentu. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai faktor-faktor risiko berikut:

Penyakit paru-paru kronik

Penyakit paru-paru kronik meningkatkan risiko dan tahap keterukan jangkitan paru-paru. Sebahagian daripada penyakit paru-paru kronik termasuk COAD dan fibrosis (parut) paru-paru. Penyakit berjangkit paru-paru yang boleh dielak termasuk selesema dan peumonia pneumococcus. Vaksin yang disyorkan adalah:

  • Vaksin Pneumococcal

  • Vaksin Influenza (selsema)

Penyakit jantung peringkat lanjut

Penyakit jantung peringkat lanjut daripada pelbagai punca (penyakit saluran koronari, penyakit injap jantung) mengurangkan kebolehan seseorang untuk menentang jankitan paru-paru yang lebih serius. Oleh itu, pencegahan jangkitan paru-paru adalah penting. Vaksin yang disyorkan adalah:

  • Vaksin Pneumococcal

  • Vaksin Influenza (selsema)

Jangkitan meningococcal

Jangkitan meningococcal boleh menyebabkan jangkitan salut otak, sepsis, ketidakupayaan yang berkekalan dan juga kematian. Berikut adalah di antara mereka yang berisiko:

  • Mereka yang telah menjalani pembedahan mengeluarkan organ limpa

  • Mereka yang telah mengunjungi negara-negara dimana kekerapan penyakit jangkitan meningococcal adalah tinggi (sebagai contoh: semasa seseorang itu menunaikan ibadat Haji di Mekah).

Vaksin untuk menentang jangkitan meningococcal adalah disyorkan. Terdapat 2 jenis vaksin meningococcal yang berada di pasaran di Malaysia:

  • Vaksin meningococcal polisakarida (meningococcal polysaccharide vaccine)

  • Vaksin meningococcal konjugat (meningococcal conjugate vaccine)

Hanya vaksin meningococcal konjugat disyorkan untuk orang dewasa. Vaksin konjugat juga diperlukan sekiranya anda mengambil suntikan tambahan (booster).

Jangkitan Hepatitis A

Jangkitan Hepatitis A adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh virus Hepatitis A (HVA). Gejala-gejala jangkitan termasuk kuning, perut sakit dan muntah. Kadang-kadang, jangkitan ini boleh menjadi teruk. Orang itu menjadi berisiko sekiranya beliau:

  • Berkunjung atau bekerja di negara-negara dimana kekerapan penyakit Hepatitis A adalah tinggi.

Untuk maklumat lanjut mengenai negara mana yang berisiko, sila layari laman web CDC di: http://wwwn.cdc.gov/travel/yellowBookCh4-HepA.aspx

Vaksin yang disyorkan adalah Vaksin Hepatitis A.

Jangkitan Hepatitis B

Jangkitan Hepatitis B adalah sejenis penyakit berjangkit organ hati disebabkan oleh virus Hepatitis B (HBV). Jangkitan ini ialah melalui pendedahan kepada darah yang mengandungi virus Hepatitis B melalui transfusi darah, perhubungan seks atau penyalahgunaan dadah secara suntikan.

Sebagai jangkitan akut, gejala jangkitan hanya akan berlanjutan untuk beberapa minggu. Selain itu, virus ini mungkin akan berkekalan di dalam badan seseorang dan boleh menyebabkan kerosakan hati, kanser hati dan kematian. Walaubagaimanapun, penyakit hepatitis B boleh dicegah.

Khas untuk warga emas, anda mungkin berisiko sekiranya anda:

  • Tinggal serumah dengan orang yang mengidap penyakit hepatitis B kronik

  • Anda adalah pesakit hemodialisis

  • Berkunjung ke Negara- Negara dimana kekerapan penyakit hepatitis B adalah tinggi

Adalah tidak lewat sebagai warga emas untuk mendapatkan vaksin hepatitis B. Ini adalah penting sekiranya anda berisiko dan tidak pernah mengambil vaksin ini dahulu.

Vaksin yang disyorkan adalah vaksin hepatitis B.

Rujukan

  • Immyounity. 2011.http://www.vaccines.com/vaccines-seniors.cfm (accessed 25 April 2013)

  • Centers for Disease Control and Prevention at www.cdc.gov (accessed 25 April 2013)

  • Fact sheet for immunisation providers. Influenza vaccination 2010. http://www.immunise.health.gov.au (accessed 25 April 2013).

 

Semakan Akhir : 29 November 2013
Penulis : Dr. Cheah Wee Kooi

 

Artikel Berkaitan

Warga Emas (Wanita) dan Masalah Libido

Libido merupakan suatu perasaan atau keinginan terhadap seks dan ini sangat berkait rapat dengan beberapa faktor seperti tahap kandungan hormon estrogen dan tahap kesihatan seseorang.

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Jatuh

Kejatuhan ditakrifkan sebagai keadaan di mana seseorang itu dengan tidak sengaja jatuh ke tanah atau ke tahap yang lebih rendah biasanya lantai selain daripada akibat tolakan kuat, tidak sedar diri atau kejadian  lumpuh secara tiba-tiba akibat strok atau sawan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,803,657

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-21 15:33:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia