A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Apa Yang Perlu Anda Lakukan Apabila Jatuh

Kejatuhan ditakrifkan sebagai keadaan di mana seseorang itu dengan tidak sengaja jatuh ke tanah atau ke tahap yang lebih rendah biasanya lantai selain daripada akibat tolakan kuat, tidak sedar diri atau kejadian  lumpuh secara tiba-tiba akibat strok atau sawan.

Pengenalan

Kejatuhan ditakrifkan sebagai keadaan di mana seseorang itu dengan tidak sengaja jatuh ke tanah atau ke tahap yang lebih rendah biasanya lantai selain daripada akibat tolakan kuat, tidak sedar diri atau kejadian  lumpuh secara tiba-tiba akibat strok atau sawan.

Kejatuhan adalah biasa di kalangan warga emas. Kajian melaporkan bahawa 30 hingga 40% daripada warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas dalam masyarakat mengalami satu atau lebih kejadian jatuh dalam tempoh 12 bulan. Kira-kira 20% mengalami kecederaan akibat terjatuh. Kira-kira 40% hingga 50% daripada penduduk institusi jatuh setiap tahun. Dalam satu kajian yang dilakukan di klinik penjagaan primer di Malaysia, kelaziman jatuh dalam kalangan warga emas adalah sekitar 47%.

Dalam usaha untuk mengurangkan kesan-kesan yang tidak diingini akibat jatuh, warga emas perlu mengamalkan dan mengambil langkah-langkah yang betul untuk bangun dari kejatuhan dan sentiasa bersedia bila berlaku kejatuhan pada masa depan.

Kesan buruk akibat jatuh

  • Kecederaan berkaitan dengan jatuh termasuklah patah (5%) dan kecederaan serius yang lain (15%)
  • Akibat tidak bergerak untuk tempoh panjang selepas jatuh termasuklah:
    • Atrofi otot
    • Sendi menjadi keras
    • Kudis tekanan
    • Dehidrasi
    • Radang paru-paru
    • Darah beku di dalam saluran darah
    • Tekanan darah menjadi rendah
    • Tulang rapuh
  • Kecederaan sekundar akibat tidak bergerak untuk tempoh panjang selepas jatuh boleh mengakibatkan separuh daripada wargaemas tidak boleh bangun semula selepas jatuh dan peningkatan kepergantungan kepada penjaga
  • Kesan psikologi boleh mengakibatkan kehilangan keyakinan, takut jatuh, kebimbangan dan kemurungan
  • Kemasukan ke institusi penjagaan
  • Punca utama kecacatan dan kematian di kalangan warga emas

Mengapa penting untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan jika anda jatuh?

  • Jatuh adalah sangat biasa di kalangan warga emas
  • Apabila kita semakin tua, kekerapan jatuh dan kemungkinan kecederaan akan meningkat
  • Oleh itu, adalah sangat penting bagi warga emas untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan jika mereka jatuh
  • Reaksi yang betul semasa jatuh boleh mengurangkan kesan-kesan fizikal dan psikologi
  • Ia juga membolehkan warga emas untuk mendapatkan semula keyakinan anda dengan lebih cepat dan kekal berdikari

Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang warga emas selepas jatuh?

Dalam usaha untuk mengurangkan kesan-kesan yang tidak diingini selepas jatuh, warga emas yang telah jatuh harus cuba untuk mengambil langkah-langkah berikut, bergantung kepada keadaan anda selepas jatuh.

Jika warga emas tersebut boleh bangun dengan sendiri selepas jatuh

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah untuk bertenang, mengambil nafas dan mengetahui jika anda cedera atau tidak. Walaupun anda berfikir bahawa anda tidak cedera, mengambil sedikit masa sebelum bangun semula untuk mengelakkan kecederaan yang tidak dikesan dari menjadi semakin teruk.

Langkah-langkah berikut boleh dilakukan untuk bangun dari jatuh, iaitu:

  • Pusing dari kedudukan terlentang ke kedudukan yang menghadap ke bawah
  • Posisi semua anggota badan ke posisi merangkak
  • Merangkak ke permukaan sokongan yang kuat, contohnya kerusi atau objek yang stabil
  • Kemudian, berlutut sambil meletakkan kedua-dua tangan di atas kerusi atau objek yang stabil
  • Cuba menarik ke atas perlahan-lahan
  • Pusing dan duduk dengan berhati-hati

Langkah-langkah ini perlu dilatih dengan kerap dan sentiasa bersedia untuk menghadapi kejatuhan pada masa depan.

Jika warga emas tidak boleh bangun dengan sendiri selepas jatuh

Jika warga emas tidak dapat bangun dengan sendiri, cuba mendapatkan bantuan secepat mungkin untuk mengurangkan risiko  berbaring di atas lantai untuk masa yang panjang selepas jatuh.

  • Anda boleh menjerit meminta tolong jika anda boleh didengar
  • Jika anda mempunyai sistem panggilan kecemasan atau telefon di tangan, menggunakannya untuk mendapatkan bantuan
  • Jika tidak, anda boleh menggelongsor diri anda ke arah telefon atau tempat di mana mereka mungkin untuk didengar
  • Membuat bunyi dengan tongkat anda atau objek lain untuk menarik perhatian
  • Menunggu bantuan tiba dalam kedudukan yang paling selesa
  • Jika boleh, letakkan bantal di bawah kepala anda dan menyelimuti diri anda dengan sehelai pakaian atau selimut untuk mengekalkan suhu badan
  • Cuba menggerakkan sendi anda dengan kerap (jika boleh) untuk meningkatkan peredaran darah dan mencegah kekakuan.

Bilakah perlu berjumpa dengan doktor untuk penilaian lanjut?

Mangsa jatuh tidak boleh memandang rendah tentang keseriusan kesan jatuh walaupun ia kelihatan tidak membahayakan.

Sebab-sebab untuk berjumpa dengan doktor termasuklah:

  1. Hilang kesedaran, mungkin sementara, sebelum atau selepas kejatuhan
  2. Sebarang kecederaan
  3. Kesakitan kuat atau berterusan
  4. Pening atau sakit kepala
  5. Loya atau muntah-muntah
  6. Sebarang kelemahan
  7. Sebarang masalah penglihatan

Gejala-gejala di atas boleh muncul bila-bila masa selepas kejatuhan. Adalah penting untuk memaklumkan kepada doktor tentang keadaan jatuh supaya doktor boleh menilai dan menentukan sama ada kejatuhan dikaitkan dengan penyakit, ubatan yang diberi oleh doktor, ubatan dibeli melalui kaunter atau faktor-faktor lain.

Bagaimana untuk mencegah kejatuhan pada masa depan?

    • Memastikan persekitaran yang selamat

Sentiasa memeriksa persekitaran untuk memastikan sama ada terdapat apa-apa bahaya jatuh dan pengubahsuaian yang mudah boleh dilakukan untuk mencegah kejatuhan contohnya memasang bar pemegang di bilik mandi, permaidani tidak licin dan susur tangan di kedua-dua belah tangga.

    • Memakai kasut yang sesuai

Warga emas perlu memakai kasut yang sesuai untuk mengurangkan risiko jatuh. Kasut yang sesuai harus mempunyai tapak kasut yang tidak licin,  ketinggian tumit yang munasabah, dan cukup luas untuk menghalang kaki terseliuh.

  • Merancang bagaimana untuk mendapatkan bantuan jika anda mengalami kejatuhan pada masa depan dan berkongsi rancangan itu dengan ahli-ahli keluarga dan jiran-jiran

Mempertimbangkan untuk mendapatkan alat panggilan kecemasan atau telefon tanpa kord rapat di tangan, mintalah seorang kawan atau ahli keluarga menelefon anda secara berkala, memberi kunci rumah kepada seseorang yang anda percaya yang boleh menggunakannya dalam keadaan kecemasan. Pendek kata, berfikir tentang rancangan apa yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan bantuan jika anda menghadapi kejatuhan pada masa depan.

Kesimpulan

Kejatuhan boleh membawa kepada kecacatan dan kematian pada warga emas dan juga menjejaskan kualiti hidup warga emas. Apabila umur semakin meningkat, kekerapan jatuh dan kemungkinan kecederaan juga akan meningkat.

Oleh itu, adalah sangat penting bagi warga emas untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan jika anda jatuh. Tindak balas yang betul boleh mengurangkan kesan-kesan fizikal dan psikologi akibat kejatuhan dan membolehkan warga emas untuk mendapatkan semula keyakinan dengan lebih cepat dan kekal berdikari.

Rujukan

  1. The prevention of falls in later life. A report of the Kellogg   International Work Group on the Prevention of Falls by the   Elderly. Dan Med Bull 1987;34 Suppl 4:1-24.
  2. Centers  for Disease Control and Prevention(CDC). Self reported  falls  and falls at home among person more or equal 65 years- United States,2006. MMWR Morb Mortal Wkly Rep.2008:57:225
  3. Sazlina SG, Krishnan R, Samsul AS, Zaiton A , Visvanathan R.    Prevalence of falls among older people attending a primary care  clinic in Kuala Lumpur Malaysia.  Malaysian Journal of Community  Health (2008) Vol 14(1): 11-15.
  4.  Ayse O, Hulya D, Nihal G, Mehtap O, Didem K. The relationship between risk factors for falling and the quality of life in older  adults. BMC Public Health 2005, 5:90 doi:10.1186/1471-2458
  5. Public Health Agency of Canada. If you fall or witness a fall, do you know what to do? (Date modified : 05-07-2011) (http://www.phac-aspc.gc.ca/seniors-aines/publications/ public/injury-blessure/falls-chutes/index-eng.php)(Accessed on 12 August 2015)
Semakan Akhir : 20 Oktober 2016
Penulis : Dr. Ho Bee Kiau
Akreditor : Dr. Cheah Wee Kooi

Artikel Berkaitan

Masalah Geletar (Tremor) Di Kalangan Warga Emas

Masalah geletar (Tremor) merupakan masalah yang sering berlaku di kalangan warga emas. Geletar boleh didefinisikan sebagai ‘pergerakan bahagian-bahagian badan yang tidak dapat dikawal, dan mempunyai irama/corak tersendiri’.

Insomnia

Epidemiologi Masalah insomnia adalah biasa dikalangan warga emas. Kekerapan insomnia

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,053,318

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia