A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kecil daripada Usia Kandungan (SGA)

Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 2.5 kg hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 2.5 kg hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA ini dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

 

Apakah bayi SGA?

Pengenalan

Bayi normal dilahirkan dengan berat badan anggaran 2.5 kg hingga 3.5 kg, tetapi bayi SGA dilahirkan lebih kecil berbanding bayi normal pada usia kandungan yang sama.

 

Definisi

Bersaiz kecil berbanding usia kehamilan:

  • Berat lahir kurang daripada persentil ke-10 untuk umur kehamilan (minggu kehamilan).
  • Ini bermakna mereka lebih kecil daripada bayi lain yang mempunyai usia kandungan yang sama.
  • Bayi SGA mungkin kelihatan matang dari segi fizikal dan neurologi tetapi lebih kecil daripada bayi lain dalam usia kehamilan yang sama. 
 
 

Apakah jenis-jenis bayi SGA?

Bayi SGA:

  • Cukup bulan atau pramatang.
  • Bayi cukup bulan tetapi beratnya kurang daripada 2.5kg.

Jenis-jenis bayi SGA:

  • Setara- pembesaran keseluruhan yang seimbang
  • Tidak setara – contohnya kepala lebih besar berbanding dengan bahagian tubuh lain.

Apakah yang menyebabkan SGA berlaku?

Sebab-sebab:

    • Keturunan – ibu bapa yang bersaiz kecil akan melahirkan bayi yang bersaiz kecil.
    • Pembesaran kandungan yang terbantut (IUGR).

Apakah pembesaran dalam kandungan yang terbantut (IUGR- Intrauterine Growth Retardation)?

Pertumbuhan bayi dalam rahim terbantut disebabkan berlakunya kekurangan bekalan oksigen kepada bayi dalam kandungan. Faktor yang mengganggu aliran darah kepada bayi dalam rahim ibu boleh menyebabkan IUGR.

 

Apakah faktor-faktor risiko penyebab IUGR?

Faktor risiko seperti berikut :

Faktor Ibu

  • Ibu hamil yang terlalu muda atau ibu yang telah lanjut usia
  • Ibu yang menghidapi tekanan darah tinggi
  • Penyakit diabetes kronik
  • Sakit buah pinggang yang kronik
  • Jangkitan kuman
  • Anemia yang teruk
  • Ibu yang merokok /  mengambil alkohol / dadah

Faktor bayi

  • Jangkitan kongenital seperti Cytomegalovirus (CMV) atau rubella
  • Kecacatan organ dalam kandungan – contohnya otak, jantung atau ginjal
  • Kromosom yang tidak normal

Faktor kandungan

  1. Kandungan kembar
  2. Uri yang tercerai daripada rahim sebelum waktunya (abruptio placenta)
  3. Uri terletak dibahagian bawah rahim (placenta praevia) atau berlaku pendarahan placenta previa
  4. Gangguan aliran darah ke uri
  5. Jangkitan uri atau air ketuban

 

Apakah sifat-sifat bayi SGA?

Bayi SGA yang cukup bulan, kelihatan matang tetapi bersaiz kecil.

 

Apakah kemungkinan masalah yang akan dihadapi oleh bayi SGA?

  • Komplikasi awal:
    • Hypoglysemia – Kurang gula dalam darah
    • Policytemia – Berlebihan sel darah merah dalam darah
    • Hipotermia-tidak dapat mengekalkan suhu badan
    • Mengalami gangguan pernafasan
    • Penyakit kuning atau jaundis
    • Ketidakseimbangan garam galian dalam darah (electrolyte unbalance)
    • Kebiru-biruan akibat kurang oksigen
    • Tidak stabil semasa kelahiran
  • Komplikasi lewat:
    • Bergantung kepada sebab berlakunya SGA.
      •  Contohnya – Kes kromosom yang tidak normal seperti Sindrom Edward’s boleh menyebabkan risiko kematian pada minggu pertama kelahiran.
    • Sebahagian bayi ini akan membesar seperti bayi biasa manakala sebahagiannya mengalami pembesaran yang lambat.
    • Berisiko mengalami penyakit kronik ketika meningkat dewasa seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.

 

Bagaimanakah cara mengendalikan bayi SGA?

Rawatan khas mengikut keadaan berdasarkan dan keperluan bayi tetapi kebanyakan bayi ini memerlukan:

  • Pengawasan kadar gula dalam darah
  • Penyusuan yang awal dan kerap kali

Sebahagian bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad bayi (Neonatal) untuk:

  • Pemberian susu berkalori tinggi melalui tiub
  • Air dektros melalui intravena
  • Bantuan pernafasan
  • Pertukaran darah
  • Rawatan fototerapi untuk penyakit kuning

 

Apakah langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan SGA?

Penjagaan semasa mengandung sangat penting :

  • Awasi kesihatan ibu
  • Rawat ibu bermasalah seperti tekanan darah tinggi
  • Pantau pertumbuhan janin dalam kandungan
  • Periksa uri bagi mengesan kelainan
  • Kesan kecacatan pada janin
  • Rancang kelahiran yang selamat

 

Semakan akhir

:

10 Mei 2024

Penulis

:

Dato’ Dr. Lim Nyok Ling / Dr. Lim Sern Chin

Penyemak

:

Dr. Nurul’Ain Mat Kassim

Artikel Berkaitan

Gaya Tidur Bayi

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri. Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.

Penjagaan Bayi Baru Lahir: Strategi bagi Ibu Bapa yang Tertekan

Penjagaan bayi yang baru lahir mungkin dilihat terhad kepada penyusuan, mandi, menukar lampin dan memujuk – namun begitu, terdapat penjagaan lain yang diperlukan oleh bayi selain daripada penjagaan asas ini. Penjagaan kesihatan bayi yang lain termasuklah penjagaan kulit bayi, memahami tangisan bayi dan membantu dalam perkembangan bayi.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,367

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia