A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Lumbar Puncture

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/dewasa/lumbar puncture/lumbar puncture.flv[/flv]

Download:

 

Tebukan spinal atau lumbar puncture  merupakan satu ujian perubatan yang biasa dilakukan bertujuan mengambil sampel cecair cerebrospinal (cerebrospinal fluid atau CSF) untuk di analisa.

Cecair cerebrospinal adalah cecair yang melindungi otak dan saraf tunjang dari sebarang kecederaan.

Tebukan spinal adalah prosedur di mana jarum spina dimasukkan di antara vertebra lumbar ketiga dan keempat di bahagian bawah tulang belakang.

Semasa prosedur tebukan spinal, pesakit akan baring mengiring ke kiri dengan lutut dirapatkan ke dada atau duduk membongkok. Selepas itu jarum akan dimasukkan kedalam saluran spina – dibahagian bawah tulang belakang.

Bila jarum telah di masukkan kedalam ruang subaraknoid (ruang antara tulang belakang dan selaputnya), tekanannya akan diukur dan cecair diambil untuk diuji.

Tebukan spinal juga dilakukan untuk mencucuk anestetik spina, ubat kemoterapi atau lain-lain ubatan

Maklumat yang dikumpul dari tebukan spinal boleh membantu dalam membuat diagnosa:

  • Jangkitan kuman, fungus dan virus yang serius, termasuk meningitis, encefalitis dan siflis
  • Kanser yang melibatkan otak dan tulang belakang
  • Radang sistem saraf, seperti multiple sclerosis dan sindrom Guillain-Barre (sebutan : gi-lain ba-rey)

 

L

 

Artikel Berkaitan

Merokok

Download:   Transkipsi Katakan tidak pada Rokok ! Ramai daripada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,893

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia