Pengenalan
Alat bantu dengar ialah alat elektronik yang menggunakan kuasa bateri yang berfungsi untuk menguatkan bunyi bagi membantu pendengaran dan komunikasi yang lebih baik.
Komponen komponen alat bantu dengar dan bagaimana cara ia berfungsi
Alat bantu dengar mengandungi 4 bahagian :
- mikrofon
- amplifier
- fon telinga/pembesar suara
- bateri
Alat bantu dengar menerima bunyi melalui mikrofon yang kemudiannya menukarkan tenaga bunyi kepada tenaga elektrik. Amplifier akan menambahkan signal tersebut dan menghantar ke telinga melalui fon telinga ataupun pembesar suara.
Jenis-jenis alat bantu dengar
Tiga jenis utama:
- Alat bantu dengar boleh ubah analog
- Berdasarkan tahap pendengaran seseorang
- Menguatkan suara dan juga bunyi
- Murah
- Alat bantu dengar analog yang diprogramkan
- Berdasarkan tahap pendengaran
- Diprogramkan untuk pelbagai keadaan atau situasi
- Alat bantu dengar digital yang boleh diprogramkan
- Mengubah bunyi mengikut persekitaran secara automatik
- Mengurangkan bunyi yang tidak diingini
- Harga lebih mahal
Jenis-jenis alat bantu dengar yang selalu digunakan:
- Alat bantu dengar belakang telinga
- Alat bantu dengar dalam telinga
- Alat bantu dengar dalam saluran telinga
Siapakah yang memerlukan alat bantu dengar?
- Seseorang yang mengalami kerosakan pendengaran yang teruk sehingga menjejaskan kebolehan mendengar dan berkomunikasi dan prestasi kerja
- Keputusan untuk menggunakan alat bantu dengar selalunya dibuat oleh pesakit sendiri atas nasihat Audiologist(Pegawai pemulihan pendengaran)
- Faktor-faktor berikut perlu diambilkira:
- tahap pendengaran berdasarkan ujian pendengaran
- jenis pekerjaan
- aktiviti di rumah dan tempat kerja
- masalah fizikal
- masalah perubatan
- penampilan diri
- status kewangan
- kos alat bantu dengar
- Penggunaan alat bantu dengar di satu telinga sahaja mungkin mencukupi tetapi pengunaan di kedua dua telinga akan membantu memudahkan pendengaran di tempat bising serta mengenalpasti punca bunyi
Nasihat
- Pemilihan alat bantu dengar yang betul adalah perlu
- Dapatkan nasihat dari pegawai pemulihan pendengaran(audiologist) yang terlatih sahaja
- Penggunaan alat bantu dengar mengambil masa dan kesabaran
- Pemakaian alat bantu dengar adalah proses yang berperingkat-peringkat
- Belajar cara mengendalikan alat bantu dengar dengan betul.
- Hubungi Audiologist sekiranya anda mengalami masalah berikut:
- Alat bantu dengar tidak berfungsi
- Penggunaan alat menjadi tidak selesa
- Bunyi suara sendiri menjadi terlalu kuat
- Bunyi berdesing dari alat bantu dengar
- Bunyi persekitaran yang sangat kuat
- Padamkan alat bantu dengar sekiranya tidak digunakan
Nasihat dalam penjagaan alat bantu dengar
Berikut adalah cadangan yang boleh membantu:
- Jauhkan dari haba dan kelembapan
- Tukar bateri yang lemah dengan segera
- Bersihkan alat bantu dengar mengikut arahan yang diberikan.
- Elakkan dari menggunakan penyembur rambut atau produk yang berkaitan semasa menggunakan alat bantu dengar
- Padamkan alat bantu dengar sekiranya tidak digunakan
- Simpan bateri tambahan serta komponen-komponen kecil jauh dari kanak-kanak dan binatang
Rehabilitasi
Khidmat nasihat berkenaan alat bantu dengar daripada pegawai pemulihan pendengaran (Audiologist) Khidmat pegawai pemulihan pertuturan(speech therapist) diperlukan dalam sesetengah kes
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Iskandar Hailani |
Penyemak | : | Dato’ Dr. Narizan Ariffin |