Puan Amizah Binti Abdullah Hashim, Pegawai Kerja Sosial Peubatan di Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Melaka.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya Kuala Lumpur dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam Kursus Pentadbiran Dan Keadilan Sosial dan minor dalam Kursus Pengajian Islam.
Pengalaman kerja:
- Menjalankan temubual dan siasatan sosial untuk mendapatkan latar belakang dan masalah yang dihadapi oleh klien.
- Membuat laporan psiko-sosial dan status ekonomi klien dan keluarga.
- Mengadakan sesi kaunseling dan terapi sokongan kepada klien dan ahli keluarga (jika perlu) untuk memberi kefahaman dan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi.
- Memberi bantuan praktik yang bersesuaian kepada klien yang memerlukan bantuan kewangan, peralatan tiruan, ubat – ubatan dan penempatan ke institusi kebajikan.
- Sebagai pegawai “liaison” antara pihak hospital dengan jabatan/agensi luar yang berkaitan
Semakan Akhir: 27 Mac 2017