Pendahuluan
Kromosom adalah makromolekul yang terdiri daripada molekul DNA yang diikat bersama protein histone membentuk gentian bebenang didalam sel nuklues. Kromosom berasal dari perkataan Greek yang bermaksud “badan berwarna”.
Sejarah Penemuan Kromosom
1866: Gregor Mendel mengeluarkan Hukum Pewarisan Mendel hasil kajiannya terhadap kacukan pokok pea
1882: Wather Flemming adalah orang yang pertama mengilustrasikan kromosom manusia. Beliau merujuknya sebagai kromatin dan pertama kali perkataan mitosis digunakan.
1888: Waldeyer memperkenalkan perkataan kromosom yang berasal dari perkataan Greek iaitu badan berwarna
1900: Boveri dan Sutton secara berasingan menghasilkan teori pewarisan kromosom yang membuktikan kromosom adalah agen pewarisan
1921: Theophilus Painter pertama kali mengatakan bilangan kromosom manusia ada 24. Sehingga tahun 1956, saintis baru menyedari bahawa bilangan kromosom manusia ada 23.
Kromosom Manusia
Kromosom manusia terdiri daripada :
- 22 autosom
- 2 kromosom seks (Kromosom X dan Kromosom Y)
Lelaki normal: 22 autosom, satu kromosom X dan satu kromosom Y
Wanita normal: 22 autosom , dua kromosom X
Struktur Kromosom
Struktur kromosom terdiri daripada satu pasang kromatid yang diikat oleh sentromer.Sentromer juga membahagikan kromatid pada 2 bahagian iaitu lengan p dan lengan q. Dihujung lengan kromosom terdapat Telomer yang berfungsi sebagai pelindung dari terdegradsinya DNA selepas pemecahan kromosom serta mencegah pelekatan antara hujung kromosom dengan kromosom yang lain.
Perbezaan kedudukan sentromer sepanjang kromatid membahagikan kromosom kepada tiga jenis:
- Metasentrik- kedudukan sentromer berada ditengah-tengah kromatid
- Submetasentrik- kedudukan sentromer berada diantara tengah dan hujung kromatid
- Akrosentrik-kedudukan sentromer dihujung kromatid
Kariotip kromosom manusia disusun berdasarkan saiz dan posisi sentromer. Berdasarkan ciri di atas karyotip manusia disusun dalam 7 kumpulan:
Kumpulan
|
Ciri-ciri
|
Nombor Kromosom
|
A | Metasentrik besar | Kromosom 1-3 |
B | Submetasentrik besar | Kromosom 4-5 |
C | Submetasentrik sederhana | Kromosom 6-12, X |
D | Acrosentrik besar | Kromosom 13-15 |
E | Submetasentrik kecil | Kromosom 16-18 |
F | Metasentrik kecil | Kromosom 19-20 |
G | Akrosentrik kecil | Kromosom 21-22, Y |
Kromosom dapat diperhatikan ketika proses pembahagian sel. Pembahagian sel terbahagi kepada dua:
- Mitosis bagi menghasilkan sel baru
- Meiosis bagi menghasilkan gamet
Mitosis terbahagi kepada 4 fasa iaitu Profasa, Metafasa, Anafasa, Telofasa:
- Meiosis 1- Bilangan Kromosom dikurangkan kepada separuh (diploid kepada haploid). Dua sel anak haplod dihasilkan.
- Meiosis 2 – Setiap daripada sel haploid membahagi secara mitosis membentuk 4 sel haploid
Setiapnya mempunyai 4 fasa:
- Meiosis 1- Profasa 1, Metafasa 1, Anafasa 1, Telofasa 1
- Meiosis 2- Profasa 2, Metafasa 2, Anafasa 2, Telofasa 2
Rujukan
- Steven L. Gersen, M. B. (2005). The Principles of Clinical Cytogenetics 2nd edition. Totowa,New Jersey: Humana Press.
- William S. Klug, M. R. (2007). Essentials of Genetics Sixth Edition. San Francisco: Pearson Benjamin Cummings.
Semakan Akhir | : | 02 Januari 2017 |
Penulis | : | Ahmad Akmal bin Ahmad |
Akreditor | : | Aminah bt. Mekesat |