Pengenalan
Fixed Appliances / Aplians Tetap adalah salah satu jenis braces/pendakap gigi. Ia adalah pendakap gigi yang paling popular pada masa ini. Pemakaian aplians tetap lebih efektif kerana pergerakan gigi dapat dilakukan serentak. Pesakit berasa lebih selesa memakai aplians ini.
Definisi
Aplians tetap adalah pendakap gigi yang terlekat pada permukaan gigi. Ia tidak boleh ditanggalkan ataupun dikeluarkan dari mulut oleh pesakit.
Jenis-jenis / Klasifikasi Aplians Tetap
Ada bermacam-macam jenis, jenama dan rupa-bentuk Aplians Tetap, antaranya adalah
- Klasifikasi Aplians berdasarkan tempat lekatan
- Aplians Labial (permukaan depan gigi)
- Aplians Lingual (permukaan belakang gigi)
- Klasifikasi Aplians berdasarkan jenis bahan:
- Aplians Stainless Steel (keluli nirkarat)
- Aplians Seramik (porcelain)
- Klasifikasi Aplians berdasarkan cara ikatan wayar
- Aplians Konvensional (diikat menggunakan module/ligature getah atau dawai halus)
- Aplians Self-Ligating (ikat menggunakan klip)
Komponen Biasa Aplians Tetap
- Brackets
- Bahagian aplians yang terlekat di atas permukaan gigi
- Bands
- Gegelang yang biasa dilekatkan pada gigi geraham di penghujung aplians
- Archwires
- Wayar yang menyambungkan semua Bracket dan Bands
- Elastomeric Module/Ligature
- Getah yang mengikat Archwire kepada Bracket
|
Indikasi
Aplians tetap disyorkan bila
- Banyak gigi perlu digerakkan serentak
- Pelbagai jenis pergerakan perlu dilakukan (tipping,torqueing,intrusion,extrusion)
- Gigi pada kedua-dua rahang atas dan bawah memerlukan rawatan
- Keseluruhan gigi (akar dan korona gigi) perlu digerakkan (bodily movement)
Aplians Tetap perlu dipasang dalam kes-kes rawatan yang lebih rumit yang melibatkan pergerakan kebanyakan gigi pada kedua-dua rahang.
Kriteria Pemakaian Aplians
Pesakit yang memenuhi syarat-syarat berikut akan disyorkan rawatan dengan Aplians Tetap:
- Ada indikasi untuk Aplians Tetap seperti yang tertera di atas
- Mempunyai higin/kebersihan mulut yang baik
- Boleh dan sanggup mengikut arahan doktor (bermotivasi positif)
Penjagaan Diet
Penjagaan pemakanan merupakan aspek penting pemeliharaan keutuhan aplians tetap. Sekiranya aplians itu rosak,(umpamanya bila bracket tertanggal atau archwire putus/bengkok), tempoh rawatan boleh menjadi lebih lama dan hasil rawatan mungkin tidak sebaik yang diharapkan.
Justeru itu, makanan yang berikut perlu dielakkan
- Makanan yang keras contohnya kacang, kuaci, ketulan ais dan sebagainya
- Makanan yang melekit contohnya dodol, gula getah, pulut dan sebagainya
- Buah-buahan dan daging perlu dipotong kecil sebelum dimakan
Jangka Masa Rawatan
Pada umumnya jangka masa rawatan dengan Aplians Tetap adalah lebih kurang dua (2) tahun. Walau bagaimanapun, rawatan bagi kes yang mudah mungkin mengambil masa yang lebih singkat manakala kes yang rumit mungkin mengambil masa yang lebih lama.
Faktor yang mempengaruhi kejayaan rawatan
Banyak faktor boleh mempengaruhi kejayaan dan keberkesanan rawatan. Sesetengahnya dalam kawalan pesakit manakala sesetengah lagi tidak dapat dielakkan.
Faktor yang boleh dikawal
- Higin / kebersihan mulut yang teruk
- Kebersihan mulut yang tidak memuaskan boleh menyebabkan kejadian karies gigi serta penyakit gusi
- Pesakit dinasihatkan memberus gigi selepas makan dengan ubat gigi berfluorida. Penggunaan berus khas ‘interdental’ juga disyorkan
- Penggunaan ubat kumur berfluorida dan flos gigi juga boleh membantu dalam menjaga kebersihan mulut serta kesihatan gigi dan gusi
- Tidak akur arahan yang diberi
- Arahan utama adalah untuk menjaga kebersihan mulut dan diet/pemakanan
- Sesetengah pesakit juga akan diarahkan menggunakan alat-alat tambahan seperti elastik untuk membantu mempercepat pergerakan gigi
- Penjagaan alat-alat ortodontik supaya tidak tertanggal (berkaitan dengan diet)
- Tidak menepati temu janji rawatan
- Temu janji berkala setiap 1-2 bulan sekali sepanjang rawatan biasanya diatur untuk pemeriksaan aplians dan pengawalan pergerakan gigi
- Dalam kes-kes kecemasan (seperti dawai mencucuk,bracket tertanggal) pesakit perlu mendapatkan temu janji awal untuk menangani masalah pesakit
- Kekerapan tidak hadir temu janji akan menjejaskan keberkesanan rawatan serta menambah tempoh rawatan
Faktor yang tidak boleh dikawal
- Kerosakan pada saraf gigi
- Kadang kala pergerakan gigi boleh menyebabkan gigi itu menjadi tidak vital (mati). Sekiranya ini berlaku, rawatan akar (root canal) perlu dilaksanakan. Walau bagaimanapun, situasi ini amat jarang berlaku
- Resorpsi akar gigi
- Pergerakan gigi biasanya menyebabkan hujung akar gigi secara purata menjadi tumpul sebanyak 1-2mm
- Secara umumnya, pengurangan kepanjangan akar gigi yang sebegini tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan gigi
- Relaps
- Gigi yang telah digerakkan ke kedudukan baru cenderung bergerak kembali kepada kedudukan asal
- Pemakaian aplians pemegang (retainer) selepas rawatan mengurangkan risiko kejadian ini berlaku
- Pertumbuhan/pembesaran tulang rahang yang tidak normal
- Tumbesaran rahang atas dan bawah yang tidak sekata boleh mengakibatkan kedudukan gigi dan gigitan yang tidak normal
- Tumbesaran rahang yang berterusan selepas rawatan boleh mengakibatkan gigi bergerak dan menyebabkan relaps
Kesan-kesan Pemakaian
- Memuaskan (gambar rajah 3 & 4)
- Kesan rawatan yang memuaskan dapat dilihat apabila gigi telah tersusun dan gigitan telah diperbaik. Kesihatan gigi masih pada tahap optimum.
- Tidak Memuaskan (Gambar Rajah 5)
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Lawrence Tan Soon Lee |
Akreditor | : | Dr. Norlian bt. Hj. Daud |
Penyemak | : | Dr. Hjh. Rashidah bt. Dato’ Hj. Burhanudin |