Apakah Pemeriksaan Barium Meal?
- Pemeriksaan khas radiologi ke atas sistem Upper Gastrointestinal Tract (esofagus,perut dan usus kecil). Sejenis media kontras iaitu barium sulphate akan diminum oleh pesakit untuk mengkaji sebarang abnomaliti pada bahagian esofagus, perut dan usus kecil dengan menggunakan peralatan floroskopi.
- Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem Upper Gastrointestinal Tract dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui esofagus, peru dan usus kecil untuk mengenalpasti sebarang abnomaliti. Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh pakar radiologi, bersama Juru X-ray dan dibantu oleh jururawat.
(a) (b)
Gambar 1: (a) Pemeriksaan dijalankan ke atas pesakit, (b) Imej sistem Upper Gastrointestinal Tract pada skrin
Sumber: (a) www.rsc.org, (b) www.en.wikipedia.org
Bila Pemeriksaan Diperlukan?
- Pemeriksaan barium meal dilakukkan untuk mencari punca masalah yang terdapat pada sistem penghadaman:
Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?
- Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.
- Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
- Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM yang terpilih.
Persediaan Pemeriksaan
1. Untuk pemeriksaan barium meal, tiada sebarang persediaan khas untuk pesakit.
- Anda hanya perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pemeriksaan.
- Anda boleh makan ubat-ubatan harian seperti biasa.
2. Sila bawa bersama kad klinik / buku klinik dan filem-filem x-ray lama termasuk filem barium meal terdahulu (jika ada).
Sebelum Pemeriksaan
- Anda akan ditanya sam ada anda telah mematuhin arahan persediaan untuk pemeriksaan barium meal.
- Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
- Juru X-ray akan menerangkan tentang pemeriksaan yang akan dijalankan.
- Anda diminta agar menanggalkan barang kemas/perhiasan, jam tangan, gigi palsu, cermin mata dan menukar pakaian menggunakan gaun hospital yang disediakan.
Semasa Pemeriksaan
- Anda diminta baring di atas meja pemeriksaan atau meja pemeriksaan akan digerakkan pada kedudukan berdiri (mengikut keperluan).
- Anda diminta minum cecair media kontras iaitu barium sulphate dan selepas beberapa minit pakar radiologi akan mengambil beberapa siri imej x-ray. Semasa siri imej ini diambil anda akan diminta untuk melakukan beberapa posisi tertentu dengan dibantu oleh juru X-ray sehingga selesai pemeriksaan tersebut.
- Pemeriksaan ini mengambil masa antara 30 – 45 minit.
Selepas Pemeriksaan
- Selepas pemeriksaan barium meal, anda boleh makan dan minum seperti biasa.
- Anda digalakkan mengambil banyak minuman air kosong dalam masa 24 jam selepas pemeriksaan.
- Najis akan berwarna putih untuk beberapa hari selepas pemeriksaan.
- Jumpa doktor anda dengan segera sekiranya:
– Anda mengalami masalah sembelit beberapa hari selepas pemeriksaan dijalankan.
– Sakit pada bahagian abdomen (perut).
Laporan Pemeriksaan
- Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.
Privasi
- Pihak Jabatan akan sentiasa memastikan privasi anda sepanjang pemeriksaan dilakukan.
Rujukan
- https://en.wikipedia.org/wiki/Upper_gastrointestinal_series
- www.emedicinehealth.com
- www.hopkinsmedicine.org
- www.radiologyinfo.org/
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Mohammad Saharuni bin Ibrahim |
Akreditor | : | Daud bin Ismail |