A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Besar daripada Usia Kandungan (LGA)

Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 3.4 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.

Berat lahir bayi yang melebihi 90 percentile untuk usia kandungan bayi (umur kandungan dalam kiraan minggu). Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 2.5kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.

Apakah itu bayi besar dari usia kandungan?

Kebiasaan bayi normal mempunyai berat badan dalam lingkungan 2.5 kg hingga 3.5 kg. Bayi besar dari usia kandungan adalah lebih besar daripada bayi normal.

Bayi besar dari usia kandungan adalah bayi yang mempunyai

  • Berat lahir adalah melebihi 90th percentile untuk usia kandungannya (umur kandungan dalam kiraan minggu).
  • Bayi-bayi ini mempunyai berat lebih daripada 90% dari semua bayi didalam lingkungan usia kandungan yang sama.
  • Bayi-bayi yang mana beratnya berada di dalam kawasan melebihi garisan 90% di dalam carta pertumbuhan bayi dalam kandungan – sila lihat gambarajah.
  • Secara amnya, bayi yang cukup bulan dan berat badannya melebihi 4 kg adalah dianggap bayi besar dari usia kandungan.
 
 

 

Apakah penyebab bayi besar dari usia kandungan?

Beberapa sebab-sebab telah dikenal pasti, ianya termasuk :

  1. Keturunan – ibubapa yang besar melahirkan bayi yang besar.
  2. Kenaikan berat badan berlebihan semasa mengandung.
  3. Kawalan gula tidak terkawal diabetes gestasi-
    • Ibu yang mengidap diabetes ketika mengandung. Ini merupakan penyebab utama bayi besar dari usia kandungan.
    • Tahap gula berlebihan ibu boleh menyebabkan paras gula yang tinggi dalam peredaran darah bayi. Disebabkan hal ini, badan bayi akan menghasilkan insulin yang tinggi dan akan menyebabkan peningkatan lemak dan pembesaran bayi dalam kandungan.

Apakah ciri-ciri bayi besar dari usia kandungan?

Bayi besar dari usia kandungan mungkin normal atau mungkin mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

  • Makrosomia (bayi dengan badan yang besar)
  • Warna kulit sangat merah (plethora).
  • Jaundis
  • Kecacatan masa lahir – bayi yang ibunya mengidap kencing manis berisiko tinggi mendapat penyakit jantung dari lahir, kecacatan saraf tunjang dan kecacatan anggota kaki dan tangan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Keletihan – disebabkan oleh kekurangan gula dalam darah.
  • Ketidakseimbangan garam galian (hypocalcaemia dan hypomagnesemia)

Apakah masalah-masalah lain yang berkait dengan bayi besar dari usia kandungan?

  • Kadar kelahiran secara pembedahan adalah tinggi.
  • Kesukaran kelahiran yang menyebabkan kecederaan semasa lahir (shoulder dystosia – bahu tersangkut) menyebabkan pendarahan di bawah kulit kepala, patah tulang dan lemah/lumpuh anggota tangan (Erb’s palsy – yang berkait dengan kecederaan saraf flexus berhampiran dengan bahu).
  • Proses bersalin yang lama boleh menyebabkan kurangnya oksigen dibekalkan kepada bayi (bayi lemas dalam kandungan) dan kemungkinan menyebabkan kecacatan fizikal dan mental dalam jangkamasa yang panjang.
  • Kekurangan gula dalam darah
  • Masalah pernafasan

 

Bagaimana bayi besar dari usia kandungan perlu dirawat?

Rawatan spesifik adalah berasaskan kepada keperluan dan keadaan bayi. Pada asasnya, bayi besar dari usia kandungan perlu

  • Diperiksa untuk sebarang kecacatan / kecederaan semasa lahir.
  • Memeriksa kandungan gula dalam darah.
  • Penyusuan bayi dimulakan awal dan kerap.

Sesetengah bayi mungkin perlu dimasukkan ke wad neonat untuk:

  • Rawatan cecair intravena / dextrose (cecair yang diberi ke dalam salur darah)
  • Penyusuan bayi (mengikut mulut atau melalui tiub pemakanan)
  • Sokongan pernafasan.
  • Penukaran darah
  • Fototerapi
  • Fisioterapi
  • Pembetulan kalsium dalam darah

Bolehkah kita mengelakkan bayi dari menjadi besar dari usia kandungan?

Penjagaan semasa mengandung adalah sangat penting :

  • Memantau berat ibu semasa hamil.
  • Memastikan penyakit seperti diabetes terkawal semasa hamil
  • Memantau pertumbesaran bayi.
  • Rancang kelahiran yang selamat.

Langkah-langkah ini mungkin dapat menolong di dalam mengelakkan bayi menjadi besar dari usia kandungan atau dalam menangani masalah bayi yang besar dari usia kandungan secara berkesan.

 

Pemulihan

Bayi-bayi yang mengalami kecederaan semasa lahir perlu terapi yang khusus Contohnya:fisioterapi adalah perlu kepada bayi dengan kelumpuhan Erb’s.

 

Semakan akhir

:

10 Mei 2024

Penulis

:

Dato’ Dr. Lim Nyok Ling

 

:

Dr. Lim Sern Chin

Penyemak

:

Dr. Farah Liyana Binti Ahmad Zainuddin

Artikel Berkaitan

Tanda Lahir Vascular

Ini adalah biasa dan biasanya akan hilang apabila bayi tersebut membesar. Sebahagian daripada tanda lahir ini mungkin tanda bagi penyakit lain.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,113

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia