A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Buli dalam kalangan remaja

Buli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain. Kelakuan buli boleh jadi fizikal atau percakapan atau kedua-duanya.

Apa itu Buli?

  • Buli ialah satu gangguan berulang dan menyerang orang lain
  • Kelakuan buli boleh jadi fizikal atau percakapan atau kedua-duanya
  • Di zaman siber ini, membuli boleh berlaku secara langsung dalam “chart room”, sistem pesanan ringkas (SMS) dan juga melalui e-mel
  • Membuli kerap kali terjadi tanpa pengetahuan ibu bapa dan guru
  • Kebanyakan pembuli tidak mengaku mereka terlibat, manakala mangsa buli pula memilih untuk berdiam diri kerana takut pembalasan dan dimalukan
 

Mengapa ada pembuli

Beberapa faktor boleh menyumbangkan kanak-kanak remaja menjadi pembuli, mereka termasuklah:

  • Faktor keluarga:
    • Kurangnya kemesraan dan kasih sayang daripada ibu bapa
    • Cara disiplin yang tegas
    • Kurang perhatian ibu bapa
    • Sikap ibu bapa yang mendera
  • Faktor remaja:
    • Sikap yang mendesak
    • Sikap panas baran
    • Tekanan atau kemarahan dengan keadaan yang berlaku di rumah atau sekolah
    • Menjadi mangsa penderaan fizikal – didera atau dibuli
  • Faktor sekolah:
    • Tiada campur tangan dalam mengatasi kes buli
    • Tidak cukup pengawasan untuk mengenal pasti pembuli
    • Kurang kawalan terhadap pelajar yang terlalu ramai
    • Moral yang rendah di kalangan guru-guru

Mengapa dibuli?

Kebanyakan remaja dibuli kerana:

  • Keadaan fizikal yang kecil dan lemah
  • Merasa tidak selamat
  • Malu
  • Kurang keyakinan diri
  • Tiada sokongan daripada ibu bapa dan guru-guru

Bagaimana kita mengenalinya sebagai buli?

Buli berlaku apabila seseorang itu:

  • Mencederakan seseorang secara fizikal
    • Contoh: Memukul, menumbuk atau menendang
  • Mencederakan seseorang secara emosi
    • Contoh: Memanggil nama tidak elok, menyebarkan khabar angin atau mencaci
  • Sengaja memecah belahkan memecahbelahkan antara satu sama lain dari kumpulan
  • Merosakkan harta benda
  • Memberitahu orang lain supaya jangan berkawan dengannya

Bagaimana anda mengenali seseorang yang dibuli?

Seseorang yang dibuli sering kali:

  • Merasa takut untuk pergi ke sekolah
  • Hilang barang-barang kepunyaannya
  • Merasa sangat bimbang dan resah
  • Hanya ada sedikit kawan atau berseorangan
  • Menunjukkan kemerosotan di sekolah
  • Balik ke rumah dengan pakaian koyak atau cedera

Bolehkah pembuli ditolong?

Membuli bukanlah sifat yang berkembang secara semula jadi dalam diri seseorang. Pembuli boleh dibantu dengan membuatkan mereka:

  • Mengakui itu adalah masalah
  • Menyedari akibat daripada tindakannya
  • Menukar tingkah laku yang tidak elok
  • Belajar cara menangani kemarahan dan kekecewaan
  • Jumpa penasihat sekolah, guru agama atau doktor

Bolehkah buli dielak?

YA, boleh!!

Cuba beberapa petua di bawah:

  • Elak situasi di mana anda berseorangan dengan pembuli
  • Sentiasa keluar secara berkumpulan
  • Belajar kemahiran bela diri seperti silat
  • Bersikap berani, jika anda takut:
    • Berdiri tegak dan lurus
    • Lihat pembuli dengan mata
  • Jika berhadapan dengan kumpulan buli:
    • LARI!!! – perbuatan ini tidak memalukan
    • Dapatkan pertolongan daripada orang dewasa yang boleh dipercayai 
    • atau laporkan kejadian buli kepada ibubapa dan pihak sekolah walaupun anda diugut

Apakah yang mungkin berlaku jika perbuatan membuli tidak dihentikan?

Pembuli mungkin akan berakhir dengan:

  • Dibuang sekolah
  • Susah mendapat kawan
  • Tidak boleh mematuhi peraturan dan undang-undang
  • Masalah psikiatri. Contoh: personaliti antisosial

Mangsa buli akan menderita akibat:

  • Mengelak untuk hadir ke sekolah
  • Keputusan prestasi di sekolah yang merosot
  • Meningkatkan rasa ketakutan dan kebimbangan
    • Membuatkan mereka bertingkah laku sebagai seorang pengecut
  • Perasaan tidak menentu
    • Harga diri yang rendah
  • Kemurungan
    • Membawa kepada perasaan ingin membunuh diri

Di mana boleh mendapatkan pertolongan?

Sama ada pembuli atau mangsa buli, bantuan boleh diperoleh dari:

  • Bercerita kepada orang yang anda percaya, contoh:
    • Ibu bapa
    • Penjaga
    • Kaunselor sekolah
    • Guru agama
  • Cari seseorang yang boleh:
    • Mendengar
    • Menghiburkan hati
    • Mampu memberi nasihat

ATAU

Minta bantuan dan bimbingan daripada:

  • Doktor
  • Pakar Psikologi
  • Pakar Psikiatri
  • Kaunselor
Semakan Akhir : 10 Mei 2024
Penulis : Dr. Fauzi binti Ismail
Penyemak : Aina Mazwin binti Mohamed Radzi

 

Artikel Berkaitan

Rambut Gugur

Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100 helai rambut boleh gugur dalam sehari.

Menghadapi Kematian: Kanser

Pemahaman, pendapat dan kerisauan orang dewasa akan mempengaruhi bagaimana remaja ‘melihat’ kematian. Kepercayaan budaya dan masyarakat terhadap kematian juga mempengaruhi bagaimana memahami kematian

Rogol

Apa itu rogol? Rogol merupakan satu jenayah. Ia berlaku apabila

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,093

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia