A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Cacar Air atau Varicella

Apa itu cacar air?

Jangkitan virus ini menyebabkan ruam pada kulit yang bercirikan sebagai vesikel mengandungi cecair (melepuh). Ia biasanya menyerang kanak-kanak kecil.

Komplikasinya termasuk jangkitan kuman bakteria sekunder, jangkitan paru-paru dan kadangkala radang otak (viral encephalitis). Orang dewasa yang mendapat jangkitan biasanya lebih serius dengan gejala yang lebih teruk.

Apakah yang menyebabkan penyakit cacar air?

Ianya disebabkan oleh virus Varicella Zoster yang dijangkiti melalui sentuhan kulit secara langsung atau melalui batuk dan bersin.

Apakah vaksin yang digunakan dan bagaimana ia diberikan?

Ia adalah virus varicella jenis hidup yang telah dilemahkan dan diberi melalui suntikan di bawah kulit. Ia diberi di dalam 2 dos dengan jarak satu bulan untuk semua kategori umum.

Siapa yang patut menerima vaksin?

Ibu bapa boleh memilih untuk memberi imunisasi ini kepada anak-anak mereka. Orang dewasa yang masih belum dijangkiti dengan virus varicella ini dan mereka yang berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan (contohnya pekerja kesihatan) boleh mendapatkan imunisasi untuk mencegah penyakit ini.

Apa itu kayap?

Selepas jangkitan cacar air, virus ini masih boleh tinggal di dalam sistem saraf seseorang secara tidak aktif untuk beberapa tahun. Virus ini boleh timbul semula sebagai kayap pada kanak-kanak yang lebih tua dan orang dewasa apabila daya tahan badan menjadi lemah disebabkan oleh penyakit, ubat- ubatan seperti steroid dan penyakit barah. Kayap biasanya akan kelihatan seperti satu kawasan ruam yang melibatkan sebahagian daripada badan atau muka.

Semakan akhir : 25 April 2012
Penulis : Dato’ Dr. Jimmy Lee Kok Foo
Penyemak : Dr. Ranjini S. Sivanesom

 

Artikel Berkaitan

Poliomyelitis

Apa itu Poliomyelitis? Poliomyelitis adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh

Demam Kepialu

Apa itu Demam Kepialu? Ini adalah jangkitan kuman bakteria pada

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,132

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia