A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Diabetes dan Puasa

Diabetes dan Puasa

Download:

Transkipsi
V/o
Boleh kah pengidap diabetes, berpuasa ?
Jawabnya boleh ! asalkan kandungan gula dalam darah  terkawal  serta mendapat nasihat daripada doktor sebelum berpuasa.
Pada tahap normal, insulin mempunyai peranan untuk mengatur kadar gula dalam darah.  Iaitu sekitar 4 – 6 mmol/l dalam keadaan puasa. Dan di bawah 8 mmol/l pada dua jam sesudah makan.
Keadaan penyakit diabetes berlaku kerana organ pancreas dalam badan kurang menghasilkan insulin atau badan tidak dapat menggunakan glukos dengan berkesan.
Ini yang menyebabkan paras gula dalam badan akan meningkat.
Berikut cara mengambil ubat untuk pesakit diabetes dari jenis pil di bulan puasa :
Bagi ubat yang perlu dimakan 2 kali sehari sebelum makan, ambil sekali 30 minit sebelum sahur. Dan  kali kedua ubat dimakan selepas buka puasa dengan kurma.  Dan makan selepas 30 minit kemudian.
Dan akhir sekali , bagi ubat yang perlu dimakan selepas makan, ambil sekali selepas sahur.  Dan sekali lagi selepas berbuka puasa.
Berbeza pula cara mengambil ubat untuk pesakit diabetes dari jenis suntikan insulin adalah seperti berikut :
Bagi Insullin yang perlu disuntik sehari sekali,  boleh diambil selepas buka puasa  atau sebelum tidur.
Bagi suntikan insullin extrepen ,mixstod ianya  perlu disuntik  sewaktu berbuka puasa dengan kurma dan sebelum sahur dan makan serta 15 – 30 minit kemudian sebelum.
Insullin extrepen ,di suntik 2 kali sehari di bulan puasa
Akhir sekali bagi contoh insullin Humalog , Novorapid , Novomix
Anda boleh mulakan makan malam dengan segera 2 kali sehari semasa sahur dan sewaktu berbuka puasa
Dalam masa  anda menjalani rawatan diabetes, anda perlu tahu yang  anda mungkin menghadapi hipoglisemia iaitu (tahap glukos rendah dalam darah) dalam keadaan ini anda perlu mengambil makanan atau minuman yang manis untuk memulihkan keadaan
Tanda dan gejala hipoglisemia ialah :
* Berpeluh sejuk / berpeluh banyak
* Menggeletar
* Letih dan lesu
* Perubahan tingkahlaku / tidak sedar diri
* Aras glukos rendah semasa pemantauan sendiri menggunakan glukometer
Biasanya jika seseorang tidak makan atau kurang makan selepas mengambil insullin kejadian hypo akan berlaku.
Apa perlu dilakukan?
Sentiasa bersedia dengan gula-gula. Bila rasa hypo, makan gula-gula atau minum air bergula.
Elakkan terus makan roti atau nasi kerana ianya lambat diserap dan di proses menjadi gula
Sesungguhnya amalan puasa boleh membantu kekalkan gula di dalam darah hingga mencapai kadar optimum malah Rasullah s.aw mengingatkan umat nya dalam hadis riwayat imam tarbarni dari abu hurairah bermaksud berpuasa lah kamu nescaya kamu sihat

D
Dadah
Dadah Perangsang
Denggi

Artikel Berkaitan

Dasar Privasi

1.Polisi Sulit Terima kasih kerana membaca penyataan polisi sulit kami.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,732

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia