Pengenalan
Penjagaan pemakanan yang betul selepas pembedahan dan kebakaran adalah penting untuk penyembuhan luka. Penjagaan pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan luka lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan melambatkan proses penyembuhan.
Gambar 1: Fasa penyembuhan luka
(Sumber: www.livewirelearning.com)
Anggota kesihatan dapat membantu untuk mengurangkan kadar morbiditi, mortaliti serta kos berkaitan rawatan luka. Pengetahuan mengenai rawatan luka, proses penyembuhan luka serta pemakanan yang sesuai untuk penyembuhan luka adalah penting semasa memberi pendidikan kepada pesakit.
Gambar 2: Piramid makanan
(Sumber: www.gopixpic.com)
Pesakit sering akan mengutarakan soalan berkaitan dengan kepercayaan dan mitos-mitos yang diamalkan secara turun-temurun dalam penjagaan luka. Adalah penting untuk mendapatkan fakta yang betul dan terbukti secara saintifik supaya pesakit dapat sembuh dengan cepat tanpa komplikasi teruk.
Mitos dan Fakta
1 | Mitos | Ikan haruan dan ikan linang / belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh. |
Fakta |
Gambar 3 : Makanan sumber protein. |
2 | Mitos |
Telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh. Gambar 4 : Telur |
|
Fakta |
Gambar 5 : Sumber protein |
3 | Mitos | Elakkan daging ayam betina selepas pembedahan. |
Fakta | Daging ayam adalah salah satu sumber protein dan tiada larangan untuk mengambilnya selepas pembedahan supaya luka cepat sembuh. Jantina ayam tidak mempengaruhi kualiti protein. |
4 | Mitos | Minum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh. |
Fakta |
|
5 | Mitos |
Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka. Gambar 4 : Buah-buahan dan sayur-sayuran. |
|||||||||||
Fakta |
Gambar 5 : Contoh buah dan sayur yang membantu proses penyembuhan luka. |
Rujukan
- Abdul Rahman Mat Jais, Mohd Fuad Matori, Prusat Kittahoop, Khalit Sowanborirue. 1998. Fatty acid compositions in mucus and roe of Haruan, Channa Striatus, for wound healing. General Pharmacology: The Vascular System; 30(4): 561–563.
- Catharin Collins. 2006. Nutrition and wound care. Clinical Nutrition Highlight; 2(3).
- Joseph A Molner. 2007. Nutrition and Wound Healing. CRC Press UK.
- Malaysian Dietary Guidelines. 2010. Ministry of Health Malaysia.
- T Wild et al. 2010. Basics in nutrition and wound healing review article. Nutrition; 26(9); 862–966.
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Harizah binti Mohd Yaacob |
Penyemak | : | Nik Mahani binti Nik Mahmood |