Dr. Aminah bt. Marsom merupakan Pakar Pergigian Pediatrik di Hospital Selayang.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Pembedahan Pergigian di tahun 1993 dan melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dalam bidang pergigian kanak kanak di Universiti London pada tahun 2003.
Kerja-kerja beliau melibatkan kerja kerja klinikal dalam bidang pergigian kanak kanak di hospital dan pengajaran yang melibatkan pelatih – pelatih di bidang ini.
Kepakaran lain termasuk memberi rawatan pergigian terhadap kanak kanak istimewa dan yang mempunyai masalah perubatan, rawatan terhadap kanak kanak yang mengalami kecederaan muka dan kegigian dan rawatan untuk masalah keabnormalan kegigian.
Semakan Akhir : 23 Februari 2017