Dr. Dipak Banarsi Dass mempunyai pengalaman kerja selama 17 tahun dan merupakan Pakar Perubatan Otorinolaringologi di Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Kuala Lumpur.
Kelayakan & Institusi :
- MBBS (Universiti Mysore, India)
- MS ORL H&NS (Universiti Malaya, Malaysia)
- RHINOLOGI (Fellowship, Singapura)
Pengalaman kerja:
Beliau telah bekerja di Hospital Kuala Lumpur selama 17 tahun dalam pelbagai disiplin dan menjalani latihan subkepakaran dalam bidang Rhinology pada tahun 2007 – 2009. Menjadi penyelia kepada calon pelatih subkepakaran dalam bidang Rhinology. Selain daripada melakukan tugas-tugas asas dalam ENT, turut juga melihat kes-kes kompleks dalam Rhinology serta melakukan pembedahan ‘combine procedure’ dengan Jabatan Neurosurgery (Transphenoidal, Anterior Skull Base dan Craniofacial). Membentangkan kertas-kertas kerja di peringkat jabatan, hospital dan kebangsaan. Melibatkan diri sebagai penceramah dan penulis di dalam konferens peringkat hospital dan kebangsaan. Telah dilantik sebagai penyelaras ISO/QA peringkat jabatan dan hospital.