Dr. Eni Rahaiza bt Muhd Ramli bertugas sebagai Pakar Perunding Psikiatri Kanak-kanak & Remaja di Hospital Taiping, Perak. Beliau berkelulusan MBBS dri Universiti Malaya dn seterusnya melanjutkan pelajaran pada peringkat Sarjana di dalam bidang psikiatri di Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya beliau telah mengikuti latihan sub kepakaran di bidang Psikiatri Kanak-kanak & Remaja dan memperolehi Post Graduate Diploma in Child & Adolescent Psychiatry dari King’s College London pada tahun 2004.
Dr Eni Rahaiza berpengalaman merawat pelbagai jenis kes masalah kesihatan mental kanak-kanak & remaja terutamanya yang mempunyai gangguan emosi dan tingkah laku. Beliau juga terlibat dengan aktiviti latihan di dalam bidang kesihatan mental kanak-kanak & remaja di peringkat kebangsaan dan negeri.