Dr. Evelyn Lee Gaik Lyn merupakan Pakar Pergigian Klinikal Ortodontik di Klinik Pergigian Cahaya Suria, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah Doktor Pergigian pada tahun 2003. Kemudian, beliau meneruskan pengajian pada tahun 2007 untuk mendapatkan ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Ortodontik) di University College of London serta Membership in Orthodontics (Morth) pada tahun 2010.
Bidang Dr. Evelyn merangkumi rawatan ortodontik konventional dan kompleks yang melibatkan gabungan rawatan dengan bidang pergigian lain, seperti pembedahan pergigian, pergigian kanak-kanak, pergigian restoratif, serta bidang plastik dan rekonstruktif.
Beliau ada menerbitkan beberapa petikan rencana di Journal Of Oral and Maxillofacial Surgery serta Journal of Orthodontics.
Pengalaman kerja:
- Klinik Pergigian Ipoh, Perak
- Klinik Pergigian Hospital Teluk Intan, Perak
- Eastman Dental Hospital, University College of London, United Kingdom
- Unit Ortodontik, Klinik Pergigian Cahaya Suria
Semakan Akhir : 29 September 2014