Dr. Freeda Woon bt. Faiza Woon Tai Keat merupakan Pakar Periodontik di Klinik Pergigian Periodontik, Klinik Pergigian Mak Mandin, Pulau Pinang.
Beliau telah menamatkan pengajian di King’s College London dengan memperoleh ijazah MClinDent (Periodontology) dan MPerio dari Royal College of Surgeons Edinburgh.
Kerja-kerja beliau melibatkan merawat pesakit-pesakit periodontik.
Kepakaran lain termasuk merawat pesakit-pesakit yang memerlukan dental implant. Selain daripada kerja-kerja klinikal, beliau juga terlibat dalam penyeliaan pegawai-pegawai pergigian houseman semasa mereka menjalankan attachment di unit periodontik disamping melibatkan diri dalam memberi latihan dan tunjuk ajar yang berterusan kepada kakitangan sokongan serta pegawai-pegawai pergigian yang lain.
Pengalaman kerja:
- Pegawai Pergigian ( 2005-2008) di Klinik Pergigian Jalan Perak Pulau Pinang
- Pegawai Pergigian (2008-2010) di Unit Periodontik, KP Jalan Perak, Pulau Pinang
- Postgraduate Dentist (2010-2013) di Guy’s and St. Thomas’ Hospital, London.
- Pakar Klinikal Periodontik (2013-sekarang) di Klinik Pergigian Periodontik, Klinik Pergigian Mak Mandin, Pulau Pinang.
Semakan Akhir : 8 Julai 2015