Dr. Isma Liza bt. Ali merupakan Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Beseri, Perlis.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh Master of Clinical Dentistry in Restorative (Prosthetic) Dentistry.
Kerja-kerja beliau melibatkan rawatan endodontik dan prosthodontik.
Kepakaran lain termasuk memberi rawatan kepada pesakit yang memerlukan prostesis maksilofasial intraoral dan juga mengendalikan rawatan rehabilitasi pergigian yang kompleks.
Pengalaman kerja:
- Berkhidmat sebagai Pegawai Pergigian selama 9 tahun
- Berkhidmat sebagai Pakar Pergigian Restoratif selama 7 tahun
- Sebagai pensyarah sambilan di Fakulti Pergigian, UITM Shah Alam pada tahun 2008- 2009
- Sebagai penceramah jemputan untuk Kursus Posbasik Juruteknologi Pergigian dalam Pengkhususan Prostesis Maksilofasial di Kolej Latihan Pergigian
- Menjalankan kajiselidik “Evaluation of mechanical properties of light polymerized denture base resin” pada tahun 2006.
Semakan Akhir : 29 September 2014