Dr. Layuza Bt. Aliasad merupakan Doktor Pakar Psikiatri di Jabatan Psikiatri Dan Kesihatan Mental, Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.
Beliau mempunyai pengalaman selama 13 tahun berkhidmat dengan Kemeterian Kesihatan Malaysia.
Kelayakan & Institusi :
- Sarjana Muda: Doktor Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2004.
- Sarjana: Sarjana Perubatan Psikologi dari Universiti Malaya pada tahun 2013.
Beliau sekarang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang subkepakaran Psikogeriatrik iaitu pengkhususan dalam bidang psikiatri di kalangan warga emas.
Skop kerja beliau melibatkan masalah-masalah kesihatan mental amnya dan khususnya mengenai masalah kesihatan mental warga emas seperti nyanyuk atau demensia serta masalah kesihatan mental yang lain yang melibatkan warga emas.