Dr. Mazlin Mohd Baseri mempunyai pengalaman bekerja selama 18 tahun dan merupakan Pensyarah dan Pakar Dermatologi di Jabatan Perubatan, Pusat Perubatan UKM
Beliau mendapat didikan awal di Methodist Girls School Ipoh di peringkat sekolah rendah dan menengah. Seterusnya beliau telah meneruskan pengajian di Universiti Sains Malaysiadengan memperolehi ijazah MD(USM) dan kemudian melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran ‘internal medicine’ dengan memperolehi sijil MRCP(I) dari Royal College of Physicians, Ireland. Beliau juga berpeluang melanjutkan pengajiankepakaran di dalam sub bidang dermatologi dan merupakan lulusan Advance Masters in Dermatology (UKM).
Kini beliau bertugas sebagai seorang pensyarah di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Perubatan Dalaman (Internal Medicine) dan Dermatologi khususnya. Selain dari merawat pesakit, beliau juga aktif mengajar (di peringkat ijazah dan sarjana) serta menjalankan ‘research’ berkaitan dengan bidang dermatologi. Harapan beliau ialah untuk menimbulkan minat dalam bidang dermatologi di kalangan pelajar-pelajar perubatan atau doktor-doktor muda agar lebih ramai akan memilih bidang ini sebagai sub bidang di masa hadapan.