Dr. Nik Fareedah bt. Mustafa merupakan Pakar Pergigian Restoratif di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperoleh ijazah Sarjana Pergigian Pergigian Restoratif ( Pemeliharaan Gigi) pada tahun 2011.
Kerja-kerja beliau melibatkan pemeliharaan gigi, membuat tampalan komplek seperti venir, korona, jambatan sama ada melibatkan gigi atau implan. Selain itu, beliau banyak menghabiskan masa membuat rawatan kanal akar gigi serta pemantapan kemahiran klinikal pegawai pergigian yang berada di bawah seliaan beliau dari masa ke semasa.
Kepakaran lain termasuk pergigian estetik dan rehabilitasi rongga mulut.
Pengalaman kerja:
- Bertugas sebagai pegawai pergigian di Klinik Kerajaan selama enam tahun sebelum melanjutkan program master di Universiti Malaya
- Menjalani program master selama lima tahun
- Bertugas sebagai pakar pergigian restoratif di klinik kerajaan bermula dari tahun 2011 sehingga sekarang.
Semakan Akhir : 10 Jun 2015