Dr. Ravindran a/l Murugesan merupakan Pakar Perunding Bedah Mulut di Jabatan Pembedahan Mulut, Hospital Selayang.
Beliau telah menamatkan pengajian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (1989) dan Ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Oral & Maxillofacial Surgery)(2003). Beliau juga pernah menjalani latihan secara attachment di Sri Dharmasthala Manjunatheshwara, College of Dental Science & Hospital, Dhavalanagar, Sattur, Dharwad, India; (2007/08) khusus dalam bidang Pembedahan Orthognathic, cleft lip / palate dan pembedahan Maksilofasial secara amnya.
Kerja-kerja beliau melibatkan mengendalikan pembedahan di bahagian mulut dan maksilofasial terutamanya kes-kes patah tulang rahang, muka, gigi terbenam / terimpak, pembedahan orthognathic, restoratif gigi secara pembedahan implan termasuk prostesis, pembedahan membuang ketumbuhan benign dan malignant. Pembedahan ketumbuhan malignant dilakukan dengan kerjasama multi surgical team.
Kepakaran lain termasuk cleft lip and palate surgery.
Pengalaman kerja:
- Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kota Kinabalu / Keningau, Sabah termasuk menjalankan tugas Pegawai Pergigian Daerah Pedalaman Sabah (1989-1993)
- Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Lenggong / Gerik, Perak termasuk menjalankan tugas Pegawai Pergigian Daerah Hulu Perak (1993-1997)
- Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Hospital Taiping, Perak (1997- 1999)
- Pakar Bedah Mulut, Hospital Selayang, Selangor (2003-2009)
- Pakar Perunding Bedah Mulut, Hospital Selayang, Selangor (2009-sekarang)
Semakan Akhir : 20 Ogos 2011