Dr. Rithuan bin Awang merupakan Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial di Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial, Hospital Taiping, Perak.
Beliau telah menamatkan pengajian di Fakulti Pergigian,Universiti Malaya, KL dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (1998) dan Sarjana Pembedahan Mulut & Maksilofasial (2007).
Kerja-kerja beliau melibatkan:
- Trauma/Kecederaan Maksilofasial
- Pembedahan Pre-Prostetik
- Pembedahan Dentoalveolar
- Perubatan Mulut
- Jangkitan kuman pada bahagian Oral & Maksilofasial
- Patologi Maksilofasial
- Rawatan Rekah Tulang Alveolus & Alveolar Bone Grafting
- Penyakit Kelenjar Air Liur
- Kanser Oral
Pengalaman kerja:
- Pegawai Pergigian (Kedah; 1998-1999)
- Pegawai Pergigian (Sarawak; 1999-2002)
- Pegawai Pergigian (Hospital Kuala Lumpur; 2002-2003)
- Pegawai Pergigian Sarjana (Fakulti Pergigian Universiti Malaya, KL; 2003-2007)
- Pakar Bedah Mulut (Hospital Selayang, Selangor; 2007-2008)
- Pakar Bedah Mulut (Hospital Temerloh, Pahang; 2008-2013)
- Pakar Bedah Mulut (Hospital Taiping, Perak; 2013 – hingga sekarang)
Semakan Akhir : 11 Disember 2014