Dr. Rohani bt. Mahmood merupakan Pakar Perunding Pergigian Restoratif di Unit Restoratif, Klinik Pergigian Putrajaya.
Beliau telah menamatkan pengajian diUniversiti Malaya dengan memperolehi Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (UM) pada 1987 dan Master of Clinical Dentistry Restorative/conservative(UM) pada 2006.
Kerja-kerja beliau melibatkan rawatan pergigian terutamanya dalam rawatan pemeliharaan dan pemulihan tisu gigi serta tisu sokongan gigi yang hilang. Rawatan yang dijalankan ialah rawatan akar gigi, korona, jambatan,implan gigi, gigi palsu, tampalan gigi dan rawatan estetik seperti pemutihan gigi.
Pengalaman kerja:
- Sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kota Tinggi, Johor – tahun 1988 hingga 1989
- Sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Gemencheh, Negeri Sembilan – tahun 1989 hingga 1992
- Sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kota Tinggi, Johor – tahun 1992 hingga 1995
- Sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Jalan Abdul Samad, Johor Bharu – tahun 1995 hingga 2000
- Sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Cahaya Suria, Kuala Lumpur – tahun 2000 hingga 2002
- Sebagai Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Seremban – tahun 2007 hingga 2011
- Sebagai Pakar Pergigian Restoratif di Klinik Pergigian Putrajaya – tahun 2011 hingga sekarang
Semakan akhir : 5 April 2012