Apakah faktor risiko yang menyebabkan penderaan kanak-kanak?
Tiada satu faktor pun yang dapat menerangkan kenapa sebahagian individu bersikap ganas terhadap kanak-kanak atau kenapa penderaan berlaku dalam sesuatu masyarakat lebih kerap berbanding dengan sesetengah masyarakat yang lain.
Risiko penderaan meningkat jika terdapat faktor-faktor tertentu dikalangan ibu bapa atau ahli keluarga yang lain.
Faktor risiko ini boleh dibahagikan kepada empat kumpulan:
1. Faktor risiko kanak-kanak
- Bayi pramatang, ketaknormalan sejak lahir, kurang berat badan, terdedah kepada toksin sejak dalam kandungan.
- Panas baran : susah atau lambat untuk bertindak.
- Fizikal/kognitif/ketidakupayaan emosi, penyakit yang serius atau kronik.
- Kecederaan semasa kecil.
- Kumpulan rakan sebaya yang anti sosial.
- Umur – kanak-kanak muda lebih terdedah.
- Kanak-kanak yang lasak, masalah perlakuan, kurang perhatian.
2. Faktor risiko ibu bapa
- Faktor personaliti – agresif dan obsesi.
- Penguasaan tindak balas yang lemah.
- Kemurungan/kerisauan.
- Kurang toleransi kepada kekecewaan.
- Rasa tidak selamat.
- Kurang percaya.
- Rasa tidak selamat dengan ibu bapa sendiri.
- Telah didera ketika zaman kanak-kanak.
- Konflik keluarga, keganasan rumah tangga.
3. Faktor risiko keluarga
- Struktur keluarga – ibu/bapa tunggal dengan kurang sokongan, jumlah anak yang ramai dalam satu rumah.
- Pengasingan sosial, kurangnya sokongan.
- Ibu bapa yang menghidap penyakit atau masalah mental.
- Penyalahgunaan dadah.
- Penceraian/perpisahan, terutamanya penceraian penuh konflik.
- Umur.
- Tahap tekanan yang tinggi.
- Kurangnya interaksi antara ibu bapa dan anak, sikap yang negatif dan perlakuan anak.
- Kurang pengetahuan dan jangkaan tinggi mengenai perkembangan kanak-kanak.
4. Faktor risiko sosial/persekitaran
- Kemiskinan.
- Kitar kehidupan yang getir keadaan sosial yang sukar.
- Tiada kemudahan kesihatan, insurans kesihatan, penjagaan anak yang mencukupi dan perkhidmatan sosial.
- Ibu bapa menganggur, tiada rumah sendiri.
- Pengasingan sosial/kurangnya sokongan sosial.
- Terdedah kepada perkauman/diskriminasi.
- Sekolah yang kurang sumber kewangan.
- Terdedah kepada toksin persekitaran.
- Persekitaran kejiranan yang ganas/merbahaya.
- Keganasan dalam komuniti.
Apakah kesan penderaan kanak-kanak?
Akibat jangka pendek
Akibat gangguan emosi dan perlakuan
- Rasa rendah diri
- Lasak terlampau/hiperaktif
- Mencederakan diri sendiri
- Kurang hubungan rakan sebaya
- Merasa malu/bersalah
- Gangguan somatik, histeria
- Penurunan prestasi pelajaran
- Masalah pemakanan
- Kemurungan, kerisauan
- Penyalahgunaan dadah/alkohol
Akibat penderaan fizikal dan emosi
- Hiperaktif, agresif, panas baran dan mudah terangsang dengan perbuatan kasar/ganas.
- Tiada empati (tidak memahami perasaan orang lain.
- Terdedah kepada masalah emosi seperti buli atau ponteng sekolah.
- Menyalahkan orang lain.
- Lemah dalam perhubungan sesama sendiri , pembelajaran dan juga vokasional.
Akibat pengabaian emosi
- Menyalahkan diri sendiri
- Diam dan tidak bereaksi atau tidak memberi respon sosial dan emosi kepada persekitaran
- Berkemungkinan besar menjadi mangsa keganasan apabila dewasa
- Kawalan diri kurang, rasa rendah diri
- Bersedih dan mudah menjadi murung
Akibat jangka panjang penderaan kanak-kanak
Kesan kesihatan
- Gangguan perkembangan.
- Kurang upaya.
- Masalah pemakanan.
- Masalah tidur.
- Kemurungan /kerisauan.
- Kesan kesihatan reproduktif jangka panjang (long term reproductive health outcome).
- Kegagalan fungsi seksual.
- Kemandulan.
Kesan Sosial
- Salah laku, perlakuan ganas.
- Mencederakan/merosakkan diri sendiri.
- Perlakuan berisiko tinggi.
- Berkemungkinan besar menjadi ibu/bapa yang mendera anak.
- Penyalahgunaan dadah/alkohol.
Akibat yang menyebabkan kematian
- Membunuh (Homicide).
- Membunuh diri (Suicide).
- Membunuh anak (Infanticide).
- AIDS.
- Melakukan pengguguran haram mengikut jantina.
- Kematian akibat kesan buruk kesihatan reproduktif.
Tarikh Kemaskini | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis | : | Dr. Siti Aishah bt. Saidin |
Penyemak | : | Dr. Zainab bt. Kusiar |