Pengenalan
Foot patch adalah satu produk yang digunakan dengan cara melekatkan produk pada telapak kaki.
Klasifikasi foot patch :
Kategori | Penjelasan |
Peranti Perubatan |
|
Tradisional |
|
Bukan Preskripsi |
|
Contoh tuntutan yang TIDAK dibenarkan:
- Penyahtoksin
- Mengurangkan berat badan
- Memulihkan penyakit kencing manis
- Mengurangkan tekanan darah tinggi
- Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan lain-lain
Tuntutan-tuntutan sebegini tidak akan dibenarkan kerana ia boleh mengelirukan orang ramai.
Keperluan Pendaftaran
- Peranti Perubatan
- Pendaftaran peranti perubatan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (PBPP) dijalankan selaras dengan penguatkuasaan Akta Peranti Perubatan.
- Mohon rujuk www.mdb.gov.my untuk maklumat lanjut.
- Tradisional & Bukan Preskripsi
- Produk foot patch dalam kategori ini perlu didaftarkan dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) melalui Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) yang merupakan sekretariat bagi PBKD.
- Pendaftaran Produk adalah tertakluk kepada keperluan pendaftaran yang boleh didapati dengan memuat turun Drug Registration Guidance Document (DRGD) yang terdapat di laman sesawang www.bpfk.gov.my
Bahan yang digunakan dalam formulasi foot patch termasuk :
Contoh bahan aktif yang dikatakan mempunyai kesan kepada kesihatan pengguna:
- Bamboo/ wood vinegar; asid pyroligenous
- Mempunyai kesan steril, penyahbau dan mempunyai kemampuan untuk menyerap dengan baik.
- Tourmaline ; crystal:
- Gelombang elektromagnetik dipancarkan dan anion dibebaskan. Jika tourmaline diletakkan di bawah tekanan atau perubahan suhu, ia akan menjana cas elektrik. Mineral ini dikenali sebagai satu-satunya mineral untuk mengeluarkan haba inframerah dan ion negatif.
- Chitosan:
- Sebagai anti-oksida dan mempunyai ciri-ciri anti-mutagen.
- Asid Askorbik/ Vitamin C:
- Untuk menggalakkan penyembuhan luka terbakar dan keradangan kulit.
Isu keselamatan
Terdapat banyak produk foot patch yang meletakkan indikasi / fungsi produk sebagai satu produk yang boleh mengeluarkan toksin dari badan, mengurangkan tekanan darah tinggi, mengurangkan berat badan dan sebagainya.
Namun begitu, tiada sebarang kajian saintifik yang membuktikan kebenaran indikasi tersebut bagi produk foot patch.
Pendapat pakar menyatakan bahawa warna foot patch berubah kerana kehadiran sel kulit mati dan kekotoran yang terdapat pada tapak kaki1. Ada juga yang berpendapat interaksi peluh dari badan pengguna dan bahan di dalam produk foot patch menyebabkan pertukaran warna pada produk tersebut.
Oleh yang demikian, pengguna adalah dinasihatkan supaya berhati-hati sebelum mempercayai iklan-iklan produk dengan membuat pembacaan lanjut tentang sesuatu produk sebelum membelinya.
Semakan Akhir | : | 02 September 2013 |
Penulis | : | Nurhidayah bt. Baharuddin |
Akreditor | : | Hairanie bt. Sa’ban |