A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gaya Tidur Bayi

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur secara tersendiri. Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan.

Setiap bayi mempunyai gaya tidur tersendiri yang unik. Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan/penyusuan mereka.

 

Pengenalan

Pada keseluruhannya, bayi akan tidur lebih pada waktu siang dan malam, dan mereka akan terjaga semasa tiba waktu makan/penyusuan mereka. Bayi yang baru lahir tidak dapat membezakan siang atau malam dan boleh tidur secara purata amnya selama 16 jam sehari, dan mereka boleh tidur terus 2 hingga 4 jam di antara waktu makan/penyusuan mereka.

 

Gaya Tidur

Setiap bayi mempunyai keunikan gaya tidur tersendiri.

  • Bayi yang baru lahir pada keseluruhannya akan tidur 16 hingga 20 jam sehari dan terjaga apabila tiba waktu makan/penyusuan..
  • Masa terpanjang untuk bayi tidur selalunya 4 hingga 5 jam bergantung kepada daya tahan lapar bayi.
  • Bayi yang baru lahir tidak mempunyai jadual tidur yang tetap. Pada kebiasaannya, bayi akan mula mengenali waktu malam ketika berumur 3 bulan. Lebih kurang 90% bayi pada peringkat ini akan tidur sepanjang malam, iaitu selama 6 hingga 8 jam.
  • Kadangkala bayi akan menangis atau membuat bising jika tidak dapat tidur nyenyak. Mereka akan terjaga dengan sendirinya di waktu malam. Ibubapa tidak perlu risau akan ganggguan tidur ini kerana bayi perlu menyesuaikan diri dengan tabiat tidur ini.
  • Sekiranya bayi anda menangis secara berterusan selama beberapa minit, anda perlu mencari punca tangisan tersebut. Bayi berkemungkinan tidak selesa kerana lapar, terlalu sejuk atau panas, lampin yang basah, tidak sihat atau berasa sakit. Ibubapa perlu memberikan perhatian dan mengambil tindakan dengan segera tanpa mengganggu bayi secara berlebihan kerana bayi perlu terus tidur.

 

Sleep-Related Infant Deaths: Updated AAP 2022 Recommendations for Reducing Infant Deaths in Sleep Environment

American Academy of Paediatrics (AAP) Task Force telah menyemak/menambaik semula Safe Sleep Guidelines pada tahun 2022 untuk menggantikan garis panduan Safe Infant Sleeping Environments pada tahun 2016. Cadangan Safe Infant Sleeping Environments pertama kali diperkenalkan pada tahun 1992  dan kejadian kematian bayi secara mengejut (Sudden Infant Death Syndrome-SIDS) telah berkurangan ke 50% semenjak posisi tidur ini dicadangkan. 

 

Posisi Tidur

American Academy of Paediatrics (AAP) Task Force mencadangkan posisi tidur terlentang setiap kali bayi tidur. Posisi “TIDUR TERLENTANG” ni adalah sihat dan selamat, dan bayi tidak digalakkan untuk diletakkan dalam posisi meniarap ataupun mengiring. Posisi ini dikecualikan bagi bayi yang mempunyai kecacatan di bahagian kepala atau mempunyai lidah besar yang boleh menyekat pernafasan.

 

Tempat Tidur (Permukaan Dan Lokasi Yang Sesuai)

Cadangan tempat tidur bayi:

  • Tidurkan bayi secara terlentang di atas tilam yang padat, kemas dan tidak condong mengikut tahap dan ciri-ciri keselamatan terkini.Tilam bayi yang condong lebih dari 10’ adalah tidak selamat untuk mereka.
  • Jangan menggunakan bantal, pelapik tilam, selimut, permainan yang mempunyai bahagian-bahagian kecil dan penghadang katil yang tidak selamat.
  • Jika menggunakan selimut, posisikan kaki bayi di penghujung palang katil.
  • Selimutkan bayi dengan selimut yang nipis ke paras dada mereka.
  • Pastikan kepala bayi tidak tertutup oleh selimut apabila sedang tidur.
  • Jangan tidurkan bayi di atas tilam air, sofa, tilam yang lembut, bantal atau di atas permukaan yang lembut.
  • Pastikan bayi memakai pakaian yang nipis semasa tidur dan suhu bilik perlulah bersesuaian.
  • Elakkan menyelimut bayi secara berlebihan dan pastikan suhu badan bayi tidak panas.
  • Bayi sepatutnya tidur terlentang. Bayi boleh ditiarapkan ketika berjaga dan perlu diberi pemantauan ketika berada dalam posisi ini. Posisi ini digalakkan untuk perkembangan otot di bahagian kepala,leher, dada, dan otot mata. Ini juga untuk mengelakkan belakang kepala bayi menjadi leper.

 

Mengikut laporan, amalan berkongsi katil bersama bayi dengan orang dewasa  boleh membahayakan nyawa bayi tersebut. Berikut merupakan panduan-panduan tidur yang selamat:-

  • Letakkan katil bayi berdekatan dengan katil ibubapa seelok-eloknya ketika bayi berusia 6 bulan pertama.Ini untuk memudahkan penyusuan susu ibu, pemantauan dan juga sentuhan dan keselesaan kepada bayi.
  • Sekiranya ibu memilih untuk menyusukan bayi di atas katil, pastikan bayi tidak tidur dalam posisi meniarap di permukaan tilam yang lembut atau cadar yang tidak kemas atau longgar. Katil perlu dijauhkan dari dinding dan perabot untuk mengelakkan bayi daripada tersepit di celah perabot.
  • Orang dewasa selain daripada ibu bapa dan anak-anak yang lain tidak boleh berkongsi tempat tidur dengan bayi.
  • Ibu atau bapa yang memilih untuk berkongsi tempat tidur dengan bayi tidak boleh merokok, menggunakan dadah atau mengambil minuman beralkohol kerana ianya akan membahayakan nyawa bayi serta menjejaskan penjagaan bayi.

 

Penyusuan Susu Ibu 

Penyusuan susu ibu digalakkan untuk mengurangkan risiko Sudden Infant Death Syndrome (SIDS). Penyusuan susu ibu perlu diteruskan pada 6 bulan pertama secara esklusif sekiranya tiada halangan, dan amalan ini boleh diteruskan sehingga 1 tahun atau lebih bergantung kepada keselesaan bayi dan ibu. Penggunaan puting tiruan tidak digalakkan kerana akan mengganggu proses penyusuan susu ibu.

 

Membantu Tabiat Tidur Bayi

Anda boleh membantu bayi anda untuk mencapai tabiat tidur yang sihat dengan mengenalpasti masa yang sesuai, dan menyediakan tempat tidur yang selesa dan selamat.

  • Hindarkan rangsangan yang berlebihan ketika menyusukan bayi di waktu malam atau ketika menukar lampin.
  • Gelapkan bilik dan pastikan suasana bilik adalah selesa dan senyap.
  • Dinasihatkan agar bayi dipangku sebelum tidur dan dialihkan ke katil sebelum bayi tidur. Dengan cara ini bayi akan belajar untuk tidur dengan sendiri.
  • Mainkan muzik yang berirama perlahan ketika tiba waktu tidur, kerana muzik ini boleh membentuk tabiat tidur yang sihat dan berkala.

 

Rujukan

  1. Sleep-Related Infant Deaths: Updated 2022 Recommendations for Reducing Infant Deaths in the Sleep Environment. The Task Force on Sudden Infant Death Syndrome and The Committee of Fetus and Newborn. Paediatrics (2022) 150 (1) : e2022057990. https://doi.org/10.1542/peds.2022-057990

 

Semakan akhir

:

10 Mei 2024

Penulis

:

Dr. Farah Liyana binti Ahmad Zainuddin

Penyemak

:

Dr. Mastura binti Ibrahim

Artikel Berkaitan

Bayi Pramatang Lewat

Bayi pramatang lewat adalah bayi yang dilahirkan antara tempoh kandungan 34 minggu 0 hari hingga 36 minggu 6 hari.

Menangis Berterusan

Menangis berterusan adalah masalah bayi yang biasa kepada ibubapa atau penjaga bayi baru lahir atau bayi berusia kurang dari satu tahun. Menangis adalah satu cara bayi berhubung untuk menunjukkan mereka mempunyai masalah atau tidak selesa.

Bayi Pramatang

Kebanyakan bayi dilahirkan dalam lingkungan 40 minggu usia kandungan. Bayi dikatakan matang jika lahir di antara 37 ke 42 minggu usia kandungan. Jika bayi dilahirkan sebelum 37 minggu usia kandungan ia dikatakan kelahiran pramatang.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,081

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia