A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Glaukoma

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Penyakit Glaukoma adalah penyakit mata yang boleh menyebabkan buta. Ia berlaku akibat tekanan bendalir ,khususnya dalam gelemair(Aqueous Humor), yang semakin bertambah hingga melebihi tekanan normal di dalam bebola mata.

Penyakit Glaukoma adalah penyakit mata yang boleh menyebabkan buta. Ia berlaku akibat tekanan bendalir ,khususnya dalam gelemair(Aqueous Humor), yang semakin bertambah hingga melebihi tekanan normal di dalam bebola mata.

Didalam mata yang normal, terdapat dua ruang yang berisi bendalir jernih atau lutsinar ; kebuk ruang hadapan (anterior) dan kebuk ruang belakang (posterior).

Audio: Bendalir mata (intraocular) ini bertanggungjawab mengekalkan keseimbangan tekanan di dalam mata  serta menstabilkan bentuk bola mata.

Bahagian belakang (posterior) ruang yang lebih besar dipenuhi dengan bendalir yang pekat seperti gel, dikenali sebagai Gelemaca (vitreous humor).
Bendalir didalam ruang bahagian hadapan (anterior) pula dikenali sebagai Gelemair Ianya jernih (lutsinar) dan berair.
Bendalir mata dihasilkan oleh unjuran siliari. Ia mengalir ke bahagian hadapan ruang mata, kemudian keluar ke sistem vena melalui sudut di ruang hadapan.

Bendalir  ini dihasilkan secara berterusan dan ia juga mengalir keluar secepat ia dihasilkan. Keluar masuk pengaliran bendalir adalah seimbang pada mata normal.

Glaukoma terjadi apabila saliran gelemair ini terganggu atau tersekat, menyebabkan tekanan tinggi didalam  mata. Tekanan yang berterusan tanpa rawatan merosakkan urat saraf mata sehingga menyebabkan buta.

Terdapat pelbagai jenis dan sebab terjadinya glaukoma. Biasanya, Glaukoma berlaku apabila perangkap ala span di sudut ruang hadapan yang menapis bendalir mata
menjadi tersumbat dan menyekat pengaliran gelamair, atau apabila iris menutupi sudut di ruang hadapan.

Walau apapun, pengumpulan bendalir di dalam mata mewujudkan tekanan yang menekan urat saraf mata

Tekanan ini merosakkan saraf optik yang bertanggungjawab menghantar imej ke otak.

Selepas satu jangkamasa tertentu, tekanan yang meningkat boleh menyebabkan medan penglihatan menjadi kecil dan seterusnya jika tidak dikawal akan menyebabkan kebutaan. Rawatan yang sesuai boleh memulihkan keadaan ini ataupun di kurangkan kemerosotannya, tetapi tidak boleh mengembalikan penglihatan yang hilang.

G

Gigi Geraham Bongsu Terimpak

Glaukoma

Goiter

Gout

 

Artikel Berkaitan

D

Diabetes dan Puasa {jcomments off}

U

Tiada Audio

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,492

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia