A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PENGENALAN

Godaan adalah sesuatu yang memberangsangkan kita untuk melakukannya dan pada masa yang sama tindakan  tersebut boleh memudaratkan kita, orang lain ataupun masyarakat samada pada waktu tersebut ataupun kemudian.  Sebahagian godaan adalah tidak dapat di terima samada dari aspek agama ataupun moral.  Kesihatan boleh di lihat dari aspek fizikal dan mental, di mana seseorang yang sihat merujuk kepada mereka bukan sahaja sihat dari segi fizikal dan mental tetapi bebas daripada penyakit ataupun gagguan emosi yang memudaratkan.

DEFINISI

Godaan berlaku di mana-mana sahaja. Deria kita  selalu menyebabkan kita  susah mengelak daripada godaan.  Mata kita tidak dapat di elak daripada godaan benda-benda yang menarik,  lidah kita pula selalu tergoda dengan makanan yang sedap, telinga kita selalu terkejar-kejar dengan cerita yang menarik walaupun kadang kala dari sumber yang  tidak betul.  Hidung kita selalu inginkan bau yang boleh memberangsangkan kita  walaupun kemungkinan besar ianya boleh memudaratkan kita. Kulit kita pula selalu harapkan sentuhan kerana inginkan  rasa dihargai dan disayangi. Mulut kita pula cenderung mengumpat dan menjaga tepi kain orang lain. Manusia cenderung menyalahkan faktor luaran Betulkah faktor luaran memainkan peranan yang lebih dominan daripada faktor individu itu  sendiri?  Bukankah kita yang menentukan setiap keputusan dan tindakan kita!

DERIA

GODAAN

KESAN

AMALAN CARA HIDUP SIHAT

Mata

    1. Kebendaan

      Godaan kebendaan menjadi perkara lumrah bukan sahaja di kalangan kanak-kanak ataupun remaja yang kurang matang malahan orang dewasa kerap dibelenggu dengan masalah ini.  Isu godaan dari pandangan mata menjadi semakin ketara pada zaman teknologi canggih.  Contoh godaan ‘smart phone’, kereta, computer riba dan lain-lain’.  Kini kita mendapati ramai orang diisytiharkan bankrup bukan kerana membeli barang keperluan tetapi membeli barang kehendak.  Tidak pandai mengawal nafsu diri dan menilai kemampuan kewangan  ataupun membuat perancangan kewangan.  Suka membuat perbandingan dengan orang lain semata-mata ingin melihat siapakah lebih bergaya.

    2. Barang hidup

Godaan daripada kecantikan seorang gadis ataupun ketampanan seorang jejaka telah menyebabkan kes skandal kerap berlaku.  .  Manusia jarang berusaha untuk mengawal  emosi dan perasaan diri. Mereka tidak  sanggup mengakui kelemahan diri khasnya dalam isu percintaan.  Manusia kerap  melayan dan terikut-ikut perasaan cinta itu. Kebanyakan individu  tidak berani atau sanggup secara ikhlas mendapat bantuan dalam permasalahan ini berbanding dengan permasalahan yang lain. (kewangan, kerjaya, konflik keluarga dll).

 

Menanam tabiat mengejar barang kemewahan tanpa disedari. 

Barang mewah tidak ada infiniti jadi lama-kelamaan seseorang itu akan mengalami keadaan di mana ‘kekosongan jiwa’

Mengalami masalah kewangan

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Perpecahan rumahtangga.

Anak-anak kekurangan kasih sayang.

Mangsa penceraian terpaksa menerima tampalan emosi .

Kehilangan kepercayaan daripada pasanagan ataupun anak-anak.

Mengidap penyakit mental.

 

Selalu merasionalkan pemikiran kita sendiri. Sedar bahawa betapa cantik dan mahal sesuatu barang tersebut, kegunaannya adalah sama. Cincin berlian dan cincin biasa hanya melambangkan ikatan pasangan suami isteri.  Harga cincin tidak memberi apa-apa maksud sebaliknya nilainya bergantung kepada manusia itu untuk  mentafsirnya.

Selalu merenung kembali jiwa dalaman anda.  Selalu bertanya pada diri sendiri dengan apa dan bagaimana cara untuk  menikmati kepuasan dalaman yang infiniti.  Kepuasan luaran tidak mungkin tercapai kerana pada zaman teknologi,  citpaan barangan baru tidak pernah berhenti sebaliknya akan berterusan.

 

 

 

Suami isteri perlu membuat perancangan masa untuk boleh menjalinkan hubungan baik keluarga. contoh: fokus kepada pendidikan anak-anak. Meluangkan masa menemani anak-anak membuat ulangkaji.

Hujung minggu bersama-sama anak-anak pergi ke tempat rekreasi /bersukan

Suami isteri bersama-sama pergi ke pasaraya membeli barangan keperluan

Elak lepak di kedai kopi.

 

Sekiranya mendapati diri anda ada perasaan cinta pada  seseorang maka  dengan ikhlas memberitahu pasangan supaya sama-sama mengharungi cabaran tersebut

Lidah

Rasa

Manusia zaman sekarang tidak akan pertimbangkan kesihatan makanan ataupun minuman, yang penting rasanya sedap.   Manusia sekarang jarang makan makanan rebus tetapi lebih kepada makanan goreng. Minuman manis dan makanan berlemak  menjadi pilihan utama orang ramai.  Setiap makanan disertakan dengan sos, keju ataupun santan. Minuman  dicampur dengan pelbagai perisa. Manusia cenderung melayan lidah untuk mendapatkan kepuasan walaupun untuk jangka masa yang pendek sahaja.  Manusia selalu mengabaikan kepentingan kesihatan diri.

 

Masalah kesihatan seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, obesiti, penyakit jantung dan lain-lain

 

Hadkan penggunaan gula pasir, sos, keju dan rempah dalam sebulan.

Amalkan amalan masak di rumah.

Semasa menyedia makanan mempertimbangkan kalori makanan.

Membawa air mati ke pejabat atau semasa berjalan-jalan

Kurangkan membeli makanan ringan. Elakkan letak makanan ringan di ruang tamu atau ruang televisyen.

Tampalkan poster pelbagai penyakit di dapur.

Telinga

  1. Kata-kata

    Manusia cenderung mendengar segala pujian samada ianya betul atau  tidak.  Kita cenderung menolak atau membenci segala kritikan/komen.  Manusia selalu mengelak untuk mempertimbangkan kritikan daripada orang lain.  Betukan kita semua sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan?  Bukankah kritikan yang membina  itu membolehkan kita lebih berkembang dan matang lagi pada masa depan?

  2. Maklumat
  3. Kini kebanyakkan kita sibuk dengan maklumat dari “facebook” atau ‘message’ walaupun kebolehpercayaan maklumat tersebut tidak terjamin. Kebanyakan daripada kita tidak lagi mendengar berita melalui televisyen ataupun radio.

 

Bangga pada diri sendiri.

Tidak dapat memperbaiki kelemahan diri sendiri dan mempertingkatkan kekuatan diri.

 

 

 

 

 

 

Mendapat maklumat yang tidak sahih.

Jiwa dan emosi terganggu dengan maklumat yang tidak betul

Mengabaikan tugasan penting

Selalu bersikap terbuka menerima segala komen/pandangan orang lain.  Beritahu diri tidak ada orang yang sempurna, mengizinkan diri dan memberi peluang kepada  diri untuk terus berkembang.

Selalu mempertingkatkan diri melalui bacaan khasnya yang berkaitan dengan kemanusiaan agar lebih empati pada diri serta orang di sekeliling kita.

 

 

 

Menghadkan masa melayari ‘facebook’. 

Hanya menjawab ‘message’ yang penting sahaja.

Menanam tabiat membaca suratkhabar ataupun mendengar berita melalui radio/televisyen setiap hari.

Hidung

 Bau
Kini orang ramai tidak lagi  menikmati bau wangi semulajadi tetapi lebih kepada minyak wangi tiruan sehingga mengakibatkan alahan kulit.  Menghisap bau gam demi mendapat rangsangan dalaman “high’.  Kadang kala kesemua itu hanya nafsu dalaman semata-mata dan bukannya keperluan pada peringkat awal. Bila kerap mengguna ia akan menjadi satu tabiat.  

 

Mengakibatkan kesihatan seperti penyakit kulit, mental dan lain-lain.

Masalah sosial

Masalah kewangan.

 

 

Hanya menggunakan bahan-bahan tiruan bila perlu.

Elak selalu pergi ke kedai kosmetik khasnya waktu jualan murah.

Elak daripada bergaul dengan mereka yang menghisap gam. 

Sekiranya badan berasa lemah mendapatkan rawatan daripada doktor di klinik ataupun hospital.  Jangan sebarangan mengikut nasihat orang awam.

Kulit

Kecantikan
Ramai orang bangga dengan kecantikan luaran.  Promosi yang pelbagai selalu berjaya menggoda orang ramai sanggup bayar berpuluh-puluh ribu untuk membuat pembedahan plastik.

Kanser kulit

Kecacatan

Masalah Kewangan

Redha kepada apa yang ada pada diri kecuali adalah keperluan untuk membuat pembedahan demi kesihatan.

Mendapat pandangan daripada pakar.

Mulut

Percakapan
Manusia cenderung mengumpat tentang hal-hal orang lain.  Terdapat individu  tidak menggunakan masa keemasan itu untuk melakukan kerja yang memberi kebaikan kepada diri dan orang lain tetapi kebanyakkan tenaga mereka digunakan untuk membawa cerita dari satu tempat ke tempat lain demi  mendapatkan kepuasan.

Memburukkan suasana harmoni.

Berlaku konflik yang tidak diingini.

Membuang masa

Bercakap hanya bila perlu.

Elak bercakap:

  • sesuatu yang belum sahih maklumatnya.
  • sesuatu yang tidak memberi kebaikan kepada mana-mana pihak.
  • sesuatu yang boleh memudaratkan keadaan.

Bercakap dengan mereka yang dapat membantu anda dalam sesuatu isu itu dan tidak mengumpat di merata-rata tempat

 

Semakan Akhir : 6 Januari 2017
Penulis : Pn. Tan Mem Syn
Akreditor : Pn. Ruhana Bt. Mahmud

Artikel Berkaitan

Keselamatan Dan Persekitaran Pekerja

Keadaan seperti faktor pencahayaan, kebisingan, getaran, bahan kimia dan keadaan cuaca yang buruk boleh mempengaruhi kualiti kerja termasuk meningkatkan frekuensi kesilapan manusia.

Kesan Psikologi Akibat Masalah Kewangan

Ahli psikologi mengkategorikan stress ke dalam tiga kategori iaitu stress kecil (acute stress), stress berepisod (episodic stress), dan juga stress kronik (chronic stress).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,372

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia