Encik Harishardy Bin Ishak merupakan Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan) di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak.
Pengajian:
- Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Organisasi) (Kepujian), Pusat Pengajian Jarak Jauh (PPJJ), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.
- Diploma Pengurusan Perniagaan, Universiti Tun Abdul Razak (Institut Teknologi Tun Abdul Razak), Kuala Lumpur.
- Sijil Pelajaran Malaysia, Sekolah Menengah Guar Chempedak, Kedah.
Pengalaman kerja:
Mempunyai pengalaman kerja selama 5 tahun di sektor swasta dalam bidang Sumber Manusia dan Logistik (Perkapalan, Pergudangan dan Pengangkutan) dari tahun 2000 sehingga 2005 sebelum menyertai perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Tadbir (Rekod Perubatan), Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2005 sehingga kini.
Sepanjang berkhidmat dalam perkhidmatan rekod perubatan, pengalaman dan pendedahan dalam kepelbagaian bidang tugas adalah berkaitan dengan Pengurusan Rekod Perubatan, Statistik dan Laporan Perubatan. Disamping terlibat dengan aktiviti peningkatan kualiti perkhidmatan rekod perubatan di peringkat hospital.
Semakan Akhir: 14 September 2017