Haryani bt. Harun merupakan Pegawai Pemulihan Pertuturan di Hospital Teluk Intan.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sains Pertuturan dengan Kepujian.
Kerja-kerja beliau melibatkan pengendalian bagi pesakit-pesakit bermasalah pertuturan, bahasa, suara, komunikasi, pemberian makanan (feeding) dan penelanan dengan menjalankan penilaian, diagnosis dan intervensi yang bersesuaian.
Kepakaran lain termasuk menjalankan kajian dan pemantauan pengajaran klinikal dalam bidang pertuturan (supervisor). Selain itu, terdapat juga penglibatan dalam penyampaian ceramah-ceramah di dalam bidang pertuturan sepanjang beliau bekerja sebagai Pegawai Pemulihan Pertuturan ini. Beliau juga pernah melibatkan diri dalam Sidang Redaksi Buletin Sains Kesihatan Bersekutu Edisi Penyelidikan bagi tahun 2016.
Pengalaman kerja:
- Bekerja sebagai Pegawai Pemulihan Pertuturan selama hampir 11 tahun (2006-2017) di Hospital Teluk Intan.
Semakan Akhir : 14 Februari 2017