A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Implan Koklea: Bimodal Fitting (Pemakaian Implan Koklea dan Alat Bantu Dengar)

Teknologi implan koklea berkembang dengan pesat di Malaysia bagi membantu pesakit yang bermasalah pendengaran terutama di kalangan kanak-kanak. Implan koklea dapat memberi manfaat bagi perkembangan pertuturan kanak-kanak dan seterusnya membantu kanak-kanak bersekolah di sekolah normal. Namun begitu, kejayaan implan koklea ini bergantung kepada pengesanan serta intervensi awal ke atas kanak-kanak serta usaha habilitasi / pemulihan oleh terapis dan ibubapa.

Senario terkini di Malaysia, kebanyakan pengguna implan koklea hanya memakainya pada satu telinga sahaja. Oleh itu, pelbagai kajian telah dilakukan bagi menilai manfaat penggunaan implan koklea tersebut. Menurut satu kajian berkenaan penggunaan implan koklea dan kesannya ke atas pemprosesan binaural bagi pesakit kanak-kanak dan dewasa menunjukkan bahawa pesakit yang menggunakan Bimodal Fitting mendapat manfaat yang lebih baik berbanding pesakit yang menggunakan implan koklea atau alat bantu pendengaran pada sebelah telinga sahaja (Molly Justus, 2008).

Rajah 1: Implan Koklea
Sumber: http://www2.bharian.com.my/articles/Implankoklea/Article/

Definisi

Implan Koklea : Bimodal Fitting merupakan gabungan penggunaan dua amplifikasi yang berbeza (pendengaran secara elektrik dan akustik) pada kedua-dua telinga. Dalam konteks yang lebih mudah, pesakit menggunakan implan koklea pada satu telinga dan alat bantu pendengaran pada telinga yang lain.

Implan koklea menghantar isyarat elektrik ke sel spiral ganglion dan transmisi elektrik melalui laluan auditori yang kemudiannya akan ditafsirkan oleh otak. Amplifikasi alat bantu dengar pula menghantar isyarat akustik yang telah dikuatkan ke sel rerambut luar (koklea), dan sel spiral ganglion yang menukarkan isyarat akustik ke isyarat elektrik dan seterusnya melalui laluan sistem auditori ke otak. Cara penghantaran isyarat bagi kedua-dua alat adalah berbeza. Namun, isyarat yang dihantar ke otak adalah melalui laluan sistem auditori yang sama.

IMPLAN KOKLEA
Sumber: http://news.bbc.co.uk/olmedia/860000/images/
  ALAT BANTU DENGAR
Sumber: http://www.chp.edu/cs/

Rajah 2: Ilustrasi Pemakaian Implan Koklea Secara Bimodal

 

IMPLAN KOKLEA
Rangsangan secara Elektrikal
Sumber: http://www.the-scientist.com/Sept2015/
  ALAT BANTU DENGAR
Rangsangan secara Akustik
Sumber: http://media-2.web.britannica.com/

Laluan Sistem Auditori

Rajah 3: Ilustrasi Laluan Sistem Auditori Bagi Pemakaian Implan Koklea Secara Bimodal

 

Kriteria Pemasangan Bimodal

Pesakit perlu mempunyai baki pendengaran (residual hearing) terutama pada nada / frekuensi rendah pada telinga yang tidak diimplan.

Rajah 4: Contoh audiogram pada telinga yang tidak diimplan
Sumber: Simpanan Peribadi Unit Audiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

 

Kelebihan pemakaian secara bimodal ini dapat diperolehi melalui konsep berikut:

  1. Bilateral Summation : 2 telinga menerima bunyi yang sama dan menghantar lebih banyak maklumat bunyi ke otak. Pengguna bimodal dapat mendengar bunyi dengan lebih kuat.
  2. Head Shadow Effect : Pemakaian alat bantu dengar dan implan koklea dapat menghalang kesan halangan kepala pada penghantaran isyarat bunyi tersebut.
  3. Squelch Effect : Otak yang menerima maklumat bunyi dari kedua-dua telinga boleh menggunakan maklumat tersebut untuk menyaring bunyi-bunyi yang tidak diperlukan. Ini membantu pengguna bimodal untuk mendengar bunyi pertuturan dengan lebih jelas dalam keadaan bising.

Rajah 5: Kelebihan pemakaian implan koklea secara bimodal
Sumber: http://biomed.brown.edu/

 

Tips Pemasangan Alat Bantu Dengar bagi rangsangan secara bimodal

  1. Gunakan alat bantu dengar yang mempunyai pelaras bunyi agar pengguna boleh melaraskan bunyi mengikut situasi tertentu.
  2. Plot ambang pendengaran nada tinggi pengguna pada julat yang normal bagi mengelakkan suap-balik pada alat bantu dengar.

Rajah 6: Contoh audiogram yang telah dimanipulasi bagi pemasangan secara bimodal
Sumber: Simpanan Peribadi Unit Audiologi Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh

Kesimpulan

Pemakaian bimodal ini di kalangan kanak-kanak amat digalakkan bagi membantu mereka dalam perkembangan dan kefahaman pertuturan terutama dalam keadaan bising seperti di dalam kelas. Ini juga dapat membantu kanak-kanak lebih fokus serta mencapai gred yang lebih baik. Pergaulan dan komunikasi kanak-kanak ini bersama rakan sebaya terutamanya di sekolah dapat berkembang dengan baik dan ini secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri mereka.

Rujukan

  1. What’s the point of Bimodal Hearing? https://www.medel.com/blog/
  2. Annerose M. Keilmann, Andrea M. Bohnert, Jan Gosepath, Wolf J. Mann. (2009). Cochlear implant and hearing aid: a new approach to optimizing the fitting in this bimodal situation. Eur Arch Otorhinolaryngology. 266: 1879-1884.
  3. Cecilia Fernandez Samar. Considerations For Combining Hearing Aids And Cochlear Implants. https://www.phonakpro.com/
  4. Jeff Simmons. Bimodal Hearing: A Hearing Aid In Conjunction With A Cochlear Implant. https://www.boystownhospital.org/
  5. Carol A. Sammeth. Bimodal Devices and Bilateral Cochlear Implants: A Review Of The Literature. http://www.sd47.bc.ca/auditoryoutreach/resources/reading/Documents/
  6. Molly Justus. (2008). Bimodal Hearing: The Increasing Use of Amplification With A Cochlear Implant. The Hearing Professional. May.June: 17-23. https://ihsinfo.org/IhsV2/Ceus/pdf/2008_May_June_THP.pdf
  7. Siti Nur Almizan Aripin. Implan Koklea. http://www2.bharian.com.my/articles/Implankoklea/Article/ (27/11/2012)
  8. Lisa G. Potts, Ruth Y. Litovsky. (2014). Transitioning From Bimodal to Bilateral Cochlear Implant Listening: Speech Recognition and Localization in Four Individuals. American Journal of Audiology.Vol. 23: 79-92
  9. Bimodal Hearing: A Guide To Fitting.http://www.nal.gov.au/pdf/Bimodal-Hearing-A-Guide-to-Fitting.pdf
  10. Jill B. Firszt, Ruth M. Reeder, Margaret W. Skinner. (2008). Restoring Hearing Symmetry With Two Cochlear Implants Or One Cochlear Implant And A Contralateral Hearing Aid. Journal of Rehabilitation Research & Development. Vol 45 (5): 749-768.
  11. Teresa YC. Ching, Paula Incerti, Mandy Hill, Jane Brew. (2004). Fitting and Evaluating A Hearing Aid For Recipients Of A Unilateral Cochlear Implant: The NAL Approach. Part 2. Bimodal hearing should be standard for most cochlear implant users. The Hearing Review. August: 32-41
  12. T.Y.C. Ching, E. van Wanrooy, H. Dillon. (2007). Binaural-Bimodal Fitting or Bilateral Implantation for Managing Severe to Profound Deafness: A Review. Trends In Amplification. Vol 11 (3): 161-192. http://tia.sagepub.com
Semakan Akhir : 11 April 2017
Penulis : Raja Faizatul Balqis bt. Raja Mudzafar Shah
Akreditor : Rohaizatul bt. Mat Yaacob

Artikel Berkaitan

Latihan ke Tandas

Latihan ke tandas adalah proses biasa yang dilalui oleh kanak-kanak. Kesediaan untuk ke tandas tidak berlaku secara automatik selari dengan peningkatan usia kanak-kanak tersebut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,126

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia