Jadual Imunisasi
Jadual 1. Jadual Imunisasi Program Imunisasi Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia
Nota:
- BCG adalah Bacille Calmette-Guerin, vaksin yang memberi perlindungan terhadap tuberkulosis.
- Hepatitis B adalah vaksin untuk mencegah penyakit Hepatitis B
- DTaP-IPV-Hep B-Hib adalah vaksin kombinasi 6 serangkai yang memberi perlindungan terhadap difteria, tetanus (kancing gigi), pertussis (batuk kokol), poliomyelitis, Hepatitis B dan Haemophilus Influenzae type B
- MMR adalah vaksin kombinasi Measles (campak), Mumpus (beguk) dan Rubella
- Pneumokokal (PCV) diberi untuk mencegah penyakit Pneumokokal serius yang disebabkan oleh serotype bakteria Streptococcus Pneumoniae tertentu
- JE, vaksin ini diberi di Sarawak untuk mencegah penyakit Japanese Encephalitis
- DT adalah dos penggalak yang memberi perlindungan terhadap difteria dan tetanus
- HPV adalah vaksin Human Papillomavirus yang disediakan untuk murid sekolah perempuan tingkatan 1 atau remaja perempuan berumur 13 tahun yang tidak bersekolah. Ianya diberi untuk mencegah jangkitan HPV yang boleh menyebabkan kanser serviks/pangkal rahim
- TT adalah Tetanus Toxoid yang diberi untuk mencegah penyakit tetanus (kancing gigi) diberi sebagai dos penggalak untuk meningkatkan paras antibodi
Patuhi Jadual Imunisasi
Bagi memastikan anak anda mendapat perlindungan yang optimum patuhi jadual pengambilan imunisasi yang telah ditetapkan.
Sekiranya tidak dapat hadir pada tarikh janji temu, hubungi fasiliti kesihatan untuk menukar tarikh baharu supaya tidak ada kelewatan
Sekiranya terdapat keciciran mana-mana vaksin yang tersenarai, hubungi atau hadir ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk mendapatkan tarikh janji temu yang baharu
Simpan rekod imunisasi anak di tempat yang selamat untuk kegunaan di masa hadapan
Cadangan Imunisasi Tambahan
Cadangan imunisasi tambahan untuk kanak-kanak yang boleh didapati di fasiliti swasta:
Vaksin |
Umur/Jadual pemberian vaksin |
Rotavirus |
Disyorkan untuk mendapat dos pertama selepas umur 6 minggu. Dos yang seterusnya bergantung kepada jenis vaksin rotavirus yang diterima. |
Varicella Zoster / cacar air |
Untuk kanak-kanak berumur 12 bulan – 12 tahun: 2 dos diperlukan dengan jarak dos 1 dan dos 2 sekurang-kurangnya 4 bulan. |
Hepatitis A |
Untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas: 2 dos diperlukan dengan jarak masa antara 2 dos adalah di antara 6 hingga 12 bulan. |
Semakan Akhir |
: |
10 Mei 2024 |
Penulis |
: |
Dr. Yeong May Luu |
Akreditor |
: |
Dr. Hjh. Faridah bt. Abu Bakar |
Penyemak |
: |
Dr Amy Nur Diyana Bt Mohamed Nasir |