Panduan Elakkan Keracunan Makanan – Kasihi Diri Anda ; Anda Mampu Elakkan Keracunan Makanan.
Pada suatu petang di pekan FS, 2 orang sahabat, Atie dan Syikin sedang berlegar-legar untuk membeIi makanan. Tiba-tiba Syikin bersuara..
Syikin : Atie, nampak tak gerai nasi campur tu? Macam sedap je, macam lazat je.
Atie pun segera memerhati gerai tersebut.
Atie | : | Macam tak nak je pergi gerai tu. |
Syikin | : | Eh, kenapa Atie? |
Atie | : | Kedai tu kotor la Syikin. Cuba tengok, dah la makanan terdedah, banyak pula lalat yang menghurung makanan tu. |
Syikin | : | Ye la Atie. Patut la banyak lalat, tong sampah terdedah dan tak terurus, sebab tu lalat pun tertarik nak datang. Eee!!! Tikus pun ada berlari kat lantai. Tempat masak dia pun kotor dan tak terurus. Tukang masak tu pulak tak pakai apron dan penutup kepala. Ada harapan rambut dia yang berterbangan tu jatuh dalam makanan. Geli geleman aku tengok.. Eee!!! |
Atie | : | Betul tu Syikin. Cuba kau tengok pulak pelanggan lelaki tu, dia sentuh makanan dengan tangan. Lepas tu dia letak balik. Ada peluang kuman dari tangan dia berpindah ke makanan tu. Sepatutnya tuan kedai kena sediakan penyepit atau senduk. |
Syikin | : | Jom la Atie, kita makan kat tempat lain. Nanti tak pasal-pasal kita kena berlumba ke tandas sebab cirit-birit. |
Atie | : | Haha.. Betul tu Syikin. Rasanya kalau kita amal lihat, hidu dan rasa kat gerai makan tu pun, belum tentu kita selamat daripada keracunan makanan. |
Syikin | : | Lihat, hidu dan rasa? Apa tu Atie? |
Atie | : | Ish! Berapa umur kau? Cepat sangat lupa. Ingat tak taklimat kesihatan kat sekolah kita hari tu? Masa taklimat tu, pegawai kesihatan ada sebut, salah satu cara nak elak keracunan makanan, kita amalkan lihat, hidu dan rasa sebelum makan. |
Syikin | : | Ye la Atie, baru aku ingat. Lihat, ada benda asing tak, atau ada perubahan fizikal pada makanan tu, contohnya berlendir atau berbuih. Hidu, kalau-kalau bau makanan tu tak menyenangkan atau pelik. Rasa, kalau-kalau makanan tu ada rasa masam atau basi. Betul kan Atie? |
Atie | : | Ha! Pandai pun.. Jom la kita pergi tempat lain. |
Setelah berjalan beberapa ketika, mereka terjumpa gerai makan yang lain.
Atie | : | Ha! Gerai makan macam ni la yang kita nak cari. Nampak tak perbezaan dia Syikin? |
Syikin | : | Memang pun. Pekerja dia siap pakai apron bersih dan penutup kepala. Makanan dihidang dalam keadaan terlindung. Ada senduk dan penyepit untuk ambil makanan. Lalat dan tikus pun tak ada. I like! |
Atie | : | Haha.. Persekitaran gerai tu pun bersih. Tunggu apa lagi, jom kita makan. |
Setelah menjamu selera, mereka bercadang membeli makanan dalam tin dari kedai berhampiran. Sebaik memasuki kedai tersebut, Syikin terus mencapai 1 tin buah-buahan dalam tin lalu memasukkannya ke dalam bakul.
Atie | : | Syikin, nanti dulu. Ingat tak risalah Kementerian Kesihatan yang kita dapat hari tu? |
Syikin | : | Risalah yang mana Atie? |
Atie | : | Risalah Panduan Membeli Makanan Berkaling. Sebelum kita beli makanan dalam tin, kita kena perhatikan dulu keadaan tin tu. Pastikan tin tu tak kemek, tak berkarat atau tak menggelembung. Ini juga salah satu cara untuk kita elakkan diri kita daripada keracunan makanan. |
Syikin | : | Kau ni macam pegawai kesihatan pulak la Atie, hehe.. Kejap ye, aku belek tin ni. |
Setelah beberapa ketika..
Syikin : Ok, nampaknya tin buah-buahan ni elok je. Terima kasih Atie sebab ingatkan tadi.
Setelah membayar harga barang-barang yang dibeli, mereka pun keluar dari kedai tersebut. Tiba-tiba, Syikin teringat sesuatu.
Syikin | : | Atie, aku baru teringat pesanan pegawai kesihatan masa taklimat hari tu. Dia cakap, kalau kita nampak mana-mana premis makanan yang kotor, kita boleh buat aduan di Pejabat Kesihatan Daerah yang paling hampir dengan kita supaya mereka boleh ambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. |
Atie | : | Betul, betul, betul. Bijak pun kawan aku ni. Jom la, kita pergi sekarang. |
Lantas mereka melangkah dengan semangat berkobar-kobar ke Pejabat Kesihatan Daerah terhampir untuk menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara yang prihatin.
Ingat! Kasihi perut anda, elakkan keracunan makanan!
Rujukan :
- Keracunan Makanan : Kita Boleh Mengelakkannya. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2013. ( http://fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/Penerbitan/booklet/Keracunan-Makanan/Booklet__Keracunan-Makanan2013-new1.pdf)
- Keracunan Makanan. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. 2013. ( http://fsq.moh.gov.my/v5/images/filepicker_users/5ec35272cb-78/Penerbitan/risalah/Keracunan-Makanan/Risalah_Keracunan-Makanan2013.pdf )
- Panduan Membeli Makanan Berkaling. Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia. ( http://fsq.moh.gov.my/v5/ms/pemilihan-dan-penyimpanan-makanan/ )
Semakan akhir | : | 30 Jun 2016 |
Penulis | : | En. Badruzzaman bin Abdul Rahim |
Akreditor | : | En. Thayalan a/l Ramadas |