A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kehamilan Bagi Penghidap Penyakit Mental

Pengenalan

Menjadi seorang ibu merupakan satu pengalaman yang indah dan memuaskan kepada kebanyakan wanita. Walaubagaimanapun, ada segelintir wanita yang akan mengalami masalah dari segi emosi dan psikologi semasa kehamilan dan selepas melahirkan. Bagi wanita-wanita yang menghidapi penyakit mental, kehamilan mungkinmemberi kesan yang memudaratkan kepada kesihatan mental mereka sekiranya kehamilan itu tidak dirancang ataupun dipantau dengan sebaiknya dari awal.

Sebelum hamil:

Wanita yang menghidapi penyakit mental sebaik-baiknya hendaklah berbincang dengan pakar yang merawat mereka sebelum mereka hamil. Mereka perlu tahu mengenai kesan penyakit dan rawatan kepada kesihatan mereka dan juga janin seperti:

  • Risiko untuk penyakit berulang/ relaps
  • Risiko berkaitan pemberhentian ataupun penukaran ubat
  • Risiko kepada janin

Semasa hamil dan selepas kelahiran:

Bagi wanita-wanita yang pernah mengalami ataupun sedang mengalami gejala ringan penyakit-penyakit yang disenaraikan di bawah, rujukan awal kepada perkhidmatan kesihatan mental adalah disarankan walaupun keadaan mental mereka pada masa itu adalah stabil.

  • Penyakit mental yang serius seperti skizofrenia, kecelaruan bipolar, kecelaruan skizoafektif atau kemurungan yang teruk
  • Psikosis postpartum atau kemurungan postpartum yang teruk (postpartum = waktu selepas bersalin)
  • Kecelaruan kebimbangan yang melampau (Severe anxiety disorder) seperti penyakit was-was (obsessive compulsive disorder)
  • Masalah pemakanan (Eating disorder) seperti anorexia atau bulimia

Penghidap penyakit-penyakit tersebut di atas akan mengalami risiko yang lebih tinggi untuk menjadi tidak sihat semasa dan juga selepas bersalin. Pakar-pakar psikiatri akan berbincang tentang penjagaan dan pilihan rawatan yang sesuai untuk mereka.

Rawatan:

Rawatan yang paling sesuai akan bergantung kepada jenis dan tahap keseriusan penyakit. Cara perawatan termasuklah ubat-ubatan dan terapi psikologi.

Ubat-ubatan:

Adalah penting untuk berbincang tantang ubat-ubatan dengan pakar yang merawat untuk mendapatkan maklumat bagi memutuskan apa yang terbaik untuk ibu dan bayi. Masa yang paling sesuai sepatutnya sebelum kehamilan. Walaubagaimanapun kebanyakan kehamilan adalah tidak dirancang. Maka memadai untuk wanita-wanita ini memberitahu dan berbincang dengan pakar yang merawat sebaik sahaja kehamilan diketahui.

Disarankan agar tidak menghentikan pengambilan ubat-ubatan sebelum berbincang dengan doktor. Pemberhentian pengambilan ubat mungkin akan menyebabkan penyakit itu berulang. Para doktor akan membantu menyampaikan maklumat mengenai kebaikan dan keburukan pemberhentian atau pengambilan ubat-ubatan dan memilih ubatan yang sesuai semasa kehamilan.

Walaupun tiada ubat psikotropik yang diluluskan penggunaannya semasa kehamilan oleh FDA (Food and Drug Administration), terdapat ubat-ubatan yang telah digunakan dan tidak menunjukkan sebarang penambahan risiko kepada janin.

Sebahagian dari perkara yang diambilkira semasa membuat keputusan termasuklah:

  • Sejarah penyakit pernah berulang
  • Berapa cepat penyakit berulang sebaik sahaja ubatan dihentikan
  • Jenis-jenis ubat yang paling sesuai
  • Maklumat terkini tentang keselamatan ubat semasa mengandung dan menyusukan

Terapi psikologi

Cara perawatan ini mungkin membantu bagi sesetengah wanita berbanding dengan pengambilan ubatan. Walaubagaimanapun, ada pesakit yang memerlukan kedua-dua jenis rawatan iaitu ubatan dan terapi psikologi

Rujukan:

  1. ‘Mental health in pregnancy’. Updated 2012. Leaflet by Royal College of Psychiatrists, UK.
  2. ‘Pregnancy and mental health’. Website Stanford school of Medicine
  3. ‘Antenatal and postnatal mental health. Quick reference guide.’ National Institute for Health and Clinical Excellence (NICE).
Semakan Akhir : 9 Oktober 2013
Penulis : Dr. Sharifah Suziah Bt. Syed Mohktar

 

Artikel Berkaitan

myHEALTH Apps

Aplikasi untuk smartphone (Android v2.3). Pelbagai maklumat yang boleh didiapati seperti

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,135

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia