A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kehilangan Suara

Pengenalan

Apakah peti suara?

Peti suara ialah struktur di dalam larink yang tutup dan bergetar ketika bercakap dan menelan dan terbuka ketika bernafas. Peti suara terletak di dalam tekak, ia mempunyai 3 fungsi:

  1. Pernafasan
  2. Mencegah daripada makanan masuk ke dalam paru-paru
  3. Penghasilan suara

(A)Kedudukan peti suara

(B)Ketika bernafas

(C)Ketika bercakap dan menelan

Definisi

Kehilangan suara atau lebih dikenali sebagai serak adalah keadaan di mana suara menjadi tidak normal. Suara mungkin menjadi lemah, bergetar, tertekan atau berlaku perubahan dalam frekuensi atau kekuatan bunyi.

Sebab-sebab

Kebanyakan punca punca kehilangan suara adalah tidak bahaya(benign) tetapi ada sebilangan kes yang disebabkan oleh kanser.

Contoh contoh punca yang tidak bahaya( benign) :

Polip di peti suara

  1. Jangkitan kuman (Laringitis akut selalunya disebabkan oleh demam selsema dan jangkitan virus).
  2. Iritasi disebabkan oleh penggunaan suara yang berlebihan (menjerit di acara sukan ataupun konsert)
  3. Penggunaan suara yang berlebihan seperti yang berlaku pada guru, penyanyi boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil “polip” atau “nodul” pada peti suara
  4. Bahan bahan yang menyebabkan keradangan seperti merokok, terhidu atau tertelan bahan kimia .
  5. Masalah refluks asid dari dalam perut ke tekak . Ia selalunya berlaku kepada pesakit gastric dan orang tua.

Tanda dan Gejala

  • Suara bertukar menjadi serak , ia mungkin berterusan atau berulang ulang
  • Susah bernafas
  • Rasa perit di bahagian tekak
  • batuk
  • Rasa tercekik atau susah menelan
  • Bengkak di leher

Komplikasi

  • Kesukaran berkomunikasi
  • Kesukaran bernafas
  • Kadang-kadang penyakit kanser boleh di salah diagnosakan sebagai penyakit benign

Rawatan

  • Rawat punca utama penyakit
  • Berehat dari menggunakan suara
  • Elakkan merokok, alkohol, penggunaan suara yang keterlaluan
  • Merawat refluks gastrik
  • Rawatan pembedahan kadang-kadang diperlukan
  • Penyakit kanser perlu diperiksa dan dirawat dengan rapi oleh pakar ENT

Pencegahan

  • Elakkan merokok, alkohol dan penggunaan suara yang keterlaluan
  • Ubah cara pemakanan bagi pesakit refluks

Rehabilitasi

Pegawai pemulihan pertuturan (speech therapist)

Semakan Akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Hjh Saraiza Abu Bakar
Penyemak : Dato’ Dr. Narizan Ariffin

 

Artikel Berkaitan

Meningoencephalitis

Encephalitis adalah satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak, yang menyebabkan kegagalan fungsi otak. Meningoencephalitis pula adalah juga satu proses inflammasi yang melibatkan tisu otak dan selaput otak (meninges)

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,088

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia