A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kelakuan/Tingkahlaku

Pengenalan

  • Masalah tingkahlaku dan kurang kemahiran penyesuaian diri adalah keadaan yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak dan remaja bermasalah, terutamanya mereka yang mengalami masalah pembelajaran yang teruk.
  • Antara masalah tingkahlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja adalah seperti berikut:
    • Tingkahlaku ganas
    • Menentang, tidak mahu menurut kata
    • Sikap terlalu bergantung
    • Sikap suka mengelak
    • Tingkahlaku pasif

Penyebab

Apa yang menyebabkan masalah tingkahlaku?

  • Kebanyakan daripada perangai/kelakuan adalah dipelajari. Sebahagiannya adalah akibat dari ketidakseimbangan bahan kimia dalam otak dan kekurangan fungsi luar kawal otak.
  • Oleh yang demikian, jika sesuatu tingkahlaku itu dianggap bermasalah, biasanya ia telah dipelajari dari sesuatu situasi sebelumnya.
  • Manakala jika berkaitan dengan kecacatan, kebanyakkan daripada mereka mempunyai masalah tingkahlaku akibat daripada kesukaran secara umum dalam kemahiran menyesuaikan diri seperti berkomunikasi, kemahiran mengurus kehidupan seharian dan kemahiran mengawal emosi dan sosial.

Kadar Kejadian

Apakah kadar kejadian masalah tingkahlaku?

  • 45.8% daripada kanak-kanak cacat berumur 6 – 10 tahun dilaporkan mempunyai masalah tingkahlaku.
  • Kanak-kanak ini akan membesar bersama masalah tersebut sehinggalah dewasa jika tidak ditangani dengan awal.

Keadaan

Apakah keadaan atau penyakit-penyakit lain yang berhubungkait dengan masalah tingkahlaku?

  • ‘Autism spectrum disorders’
  • ‘Attention Deficit Hyperactive Disorder’ ADHD.
  • ‘Alzheimer’s Disease’
  • Nyanyuk (Dementia)
  • Masalah pembelajaran seperti terencat akal, ‘dyslexia’
  • Kesukaran dalam komunikasi secara lisan dan bukan lisan

Tanda dan gejala

Apakan tanda dan gejala?

  • Sebarang kelakuan yang tidak sesuai dengan penerimaan suasana sosial semasa boleh dianggap sebagai masalah tingkahlaku dan juga jika usaha yang bersungguh-sungguh terpaksa diperuntukkan untuk menanganinya.
  • Masalah tingkahlaku adalah jelas jika keadaan yang dihasilkan cukup untuk menimbulkan ancaman kepada nyawa dan tubuh badan serta meletakkan orang lain dalam keadaan bahaya.
  • Kebanyakkannya akan mengalami gangguan dalam aspek berikut:
    • Interaksi sosial
      • Hanya berminat pada perkara-perkara tertentu sahaja atau permainan tertentu sahaja
      • Lebih suka bersendirian
      • Sukar untuk bergaul dengan orang lain
      • Tidak dapat berhubung dengan orang lain dengan cara yang sesuai
      • Mungkin terlebih sensitif atau tidak sensitif langsung kepada kesakitan
      • Tidak merasa takut terhadap suasana bahaya
  • Komunikasi (lisan dan bukan lisan)
    • Sukar untuk meluahkan keinginan sendiri
    • Banyak menggunakan bahasa badan daripada perkataan lisan (pertuturan)
  • Minat dan aktiviti
    • Suka membuat gerakan berulang-ulang yang aneh
    • Ketawa, menangis atau menunjukkan rasa tertekan tanpa sebab yang jelas atau suka mengamuk (temper tantrums)
    • Tiada tindakbalas yang memberansangkan kepada kaedah pengajaran normal
    • Tiada tindakbalas kepada lisan atau perbuatan seolah-olah cacat pendengaran walaupun ujian pendengaran adalah normal
  • Masalah dalam aktiviti motor/fizikal
    • Menjadi terlalu aktif atau terlalu lembab
    • Boleh menyebabkan kemusnahan kepada persekitaran
  • Mengalami masalah tidur

Masalah-masalah yang biasa dihadapi

Apakah masalah-masalah yang biasa dihadapi oleh mereka?

  • Prestasi akademik yang buruk
  • Sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain
  • Sukar untuk membina persahabatan dan perhubungan yang rapat
  • Sukar untuk memperolehi dan mengekalkan pekerjaan
  • Sukar untuk menyelesaikan masalah

Bagaimana ibubapa dan penjaga menerima keadaan tersebut?

  • Keliru, kecewa dan putus harapan
  • Sukar untuk menyesuaikan diri dengan tingkahlaku anak
  • Rasa bersalah, marah, malu dan rasa bertanggungjawab atas segala masalah
  • Tekanan kewangan untuk mendapatkan rawatan
  • Kecewa kerana kemudahan mendapatkan rawatan yang tidak mencukupi

Pengurusan

Siapa yang terlibat untuk mengesahkan masalah tingkahlaku/ membuat diagnosa?

  • Sebaiknya dari sekumpulan pakar perubatan yang terdiri dari:
    • Pakar Psikiatri
    • Pakar Psikologi Klinikal
    • Pakar Psikologi Perkembangan
    • Pakar kanak-kanak
    • Pakar Bedah Telinga, Hidung & Tekak
    • Ahli Audiologi
    • Ahli Patologi Pertuturan
    • Jurupulih Carakerja

Siapakah yang perlu terlibat dalam pengurusan dan rawatan?

  • Ibubapa/penjaga
  • Pakar Psikologi Klinikal
  • Ahli Terapi Pertuturan
  • Jurupulih Anggota
  • Pakar Psikologi
  • Jurupulih Carakerja
  • Pakar Psikiatri
  • Pekerja Kebajikan Sosial
  • Jururawat/Pembantu Perubatan yang khas dalam kesihatan mental
  • Pakar Perubatan (terutama kanak-kanak)
  • Dan sebarang agensi atau badan yang terlibat dalam menguruskan individu yang ada masalah tingkahlaku.

Rawatan

  • Terapi ubat-ubatan untuk masalah tingkahlaku yang teruk
  • Terapi Pengurusan Tingkahlaku
  • Latihan kemahiran penyesuaian diri (kehidupan seharian, bersosial, penjagaan diri, komunikasi, penyelesaian masalah dan penyesuaian diri)
  • Kemahiran menjaga dan keibubapaan untuk penjaga
  • Kumpulan sokongan ibubapa/penjaga

Pemulihan

Bila untuk memulakan program pemulihan?

  • Secepat yang mungkin.

Bagaimana untuk mendaftar sebagai orang kurang upaya?

  • Setelah diagnosa telah disahkan, dapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan dari klinik kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pendidikan.

Siapa akan membantu dalam pendaftaran?

  • Doktor yang merawat akan mengisi borang-borang yang berkenaan.

Apakah faedah dengan mendaftar sebagai orang kurang upaya?

  • Sila rujuk
    • http://www.jkm.gov.my/perkhidmatanoku.htm

Bagaimana untuk mendapatkan pekerjaan?

  • Kementerian Sumber Manusia
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • NGO
  • NASOM (National Autistic Society of Malaysia)

Pencegahan

  • Adalah mustahil untuk mencegah sepenuhnya masalah tingkahlaku dari berlaku tetapi anda perlu menganalisa mengapa ia berlaku.
  • Kaedah pencegahan adalah dengan mencegah atau mengubah faktor penyebab dan tingkahlaku yang menyusulinya serta mengubahsuai kelakuan tersebut.
  • Perhatian adalah perlu untuk mengurangkan kemungkinan daripada tingkahlaku tersebut terjadi.

Kumpulan sokongan

4, Jalan Chan Chin Mooi, 59100 Kuala Lumpur

Tel: 03-40223744

Bethel Centre

5, Jalan Kenarai 10, Bandar Puchong Jaya,

47100 Puhong, Selangor.

Tel: 03-80753978

  • National Autistic Society of Malaysia (NASOM)
  • Dignity and Services P.O. Box. 498, Jalan Sultan, 46760 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-77830849
  • Hua Ming Autistic Society No.2, Jln. 20/8, Paramount Gardens, 46300 Petaling Jaya, Selangor. Tel: 03-79587385 http://www.autism.org.my/about_society.htm

Rujukan

  • Autism Understanding and Assisting, Dr. Teoh Hsien-Jin, HoPak S/B,  No.1, Jalan TPK 1/6, Taman Perindustrian Kinrara, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia
  • Living with Autism, Dr. Sung Min Lena Heng, Times Editions, Singapore
  • Understanding Difficult Behaviours, Geriatric Education Center Of Michigan
  • Introduction to Dementia Care, Making Connection – Course Workbook, Sir James McCusker Training Project
  • http://www.adultadd.com/2_2_recognizing/screener.jsp?ccd=kwstra594
  • http://www.umme.edu.my/fom/research/psycho med/psy 03 02.htm
  • http://www.autism.org.my/q$26amp;a.htm
Semakan Akhir : 05 September 2008
Penulis : Cheoh Siew Tin

 

Artikel Berkaitan

Sakit Belakang

Sakit belakang dikaitkan dengan rasa sakit dan kurang selesa di bahagian belakang badan, biasanya di bahagian bawah belakang badan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,111

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia