Pengenalan
Komunikasi itu penting bagi anda menyatakan perasaan dan pendapat. Komunikasi yang berkesan dapat mengeratkan hubungan baik sesama insan.
Apakah komunikasi yang berkesan?
Komunikasi yang baik merangkumi:
- Penerangan yang jelas
- Menunggu giliran untuk bercakap
- Tidak ada yang baik dan buruk
- Membantah dengan tenang
- Berkomunikasi dengan sopan di mana ianya pendek dan jelas
- Bertentang mata
- Duduk tegak
- Berkomunikasi dengan nada biasa
- Bercakap bila perlu
- Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
- Meminta pertolongan dengan baik
- Menggunakan empati tetapi bahasa yang dihormati
Apakah komunikasi yang tidak berkesan?
Komunikasi yang tidak berkesan adalah:
- Mencaci
- Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap
- Bercakap tanpa henti atau terlalu diam
- Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap
- Bercakap sambil lewa
- Menjerit
- Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar
- Melepaskan geram
Apakah prinsip-prinsip komunikasi yang berkesan?
- Mengekalkan pandangan mata (eye contact) dan ekspresi muka yang bersesuaian
- Mendengar dengan minat
- Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
- Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya
- Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti hati pendengar
Bagaimanakah keberkesanan mendengar?
- Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka
- Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat. Beri sepenuh perhatian
- Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti “oh” atau “Umm-hmm”
- Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan
Kenapakah kemahiran berkomunikasi ini perlu?
- Orang akan mendapati diri anda lebih menarik
- Anda akan mendapat ramai kawan
- Anda akan lebih difahami
- Anda akan lebih baik di sekolah
Apa akan terjadi jika komunikasi tidak berkesan?
- Anda akan selalu salah faham dan bertengkar
- Anda susah difahami oleh orang lain
- Segala kemahuan tidak dapat dicapai
- Anda tidak disukai
Kepada siapa anda perlu meminta bantuan bagi meningkatkan kemahiran berkomunikasi anda?
- Guru anda
- Kaunselor
- Pegawai Komunikasi
- Pakar Psikologi
Tip bagi komunikasi berkesannya
- Bagaimana anda berkomunikasi dengan orang lain?
- Jawab soalan – soalan di bawah dan jumlah skor yang anda peroleh
Bagi setiap kenyataan bulatkan 1, 2, atau 3 bergantung kepada keberkesanan anda berkomunikasi dengan seseorang.
Adakah anda pengucap yang efektif?
|
Tidak/jarang – jarang
|
Kadang-kadang
|
Kebiasaan
|
---|---|---|---|
Bertentang mata semasa berkomunikasi? |
1
|
2
|
3
|
Menunjukkan minat mendengar apa yang diperkatakan dengan menganggukkan kepala. |
1
|
2
|
3
|
Tidak mengganggu semasa atau selepas rakan anda bercakap |
1
|
2
|
3
|
Adakah anda menyoal soalan yang menarik menunjukkan anda berminat dengan apa yang diperkatakan? |
1
|
2
|
3
|
Suara anda jelas, mudah didengari dan difahami oleh semua. |
1
|
2
|
3
|
Adakah anda memberi perhatian kepada yang tidak bersuara? |
1
|
2
|
3
|
Adakah anda pasti percakapan anda melibatkan dua hala atau hanya anda yang bercakap dan mendengar? |
1
|
2
|
3
|
Adakah anda menghargai orang lain? |
1
|
2
|
3
|
Anda cuba mengelak daripada menunjukkan tanda – tanda tidak menggemari percakapan seperti menguap walaupun percakapan tidak diminati. |
1
|
2
|
3
|
Adakah anda mendapat kepastian terhadap sesuatu yang tidak pasti seperti yang diperkatakan? |
1
|
2
|
3
|
Markah
- Jika anda mendapat 25 markah atau lebih, anda adalah penyampai yang terbaik
- Jika anda mendapat 16-24 markah, anda adalah penyampai yang berkesan
- Jika anda mendapat kurang 15 markah, anda perlu mendalami komunikasi anda
Semakan Akhir | : | 10 Mei 2024 |
Penulis | : | Prof. Madya Dr. Hjh Normah binti Che Din |
Penyemak | : | Tg. Teh Mariah binti Tg. Jewa |